Skip to main content

Susu Aqeef lg ;) + Gelagat Aqeef di pagi hari ;D

Sila jangan muak hehehe

Alhamdulillah, semakin bertambah stok susu Aqeef.. rasa happy bile buka peti ais tgk susu yang bersusun2.....hiyarkkkkk ibu akan berusaha dgn lebih gigih Aqeef sayang ;)

oh iya....pagi td ada cutest scene yang buat ibu tersengih sampai ke telinga

Masa nak loading barang dlm kete nak gi keje pg td, Aqeef berdiri depan pintu rumah pastu terbongkok2 amek kasut die ...

'na na na'

sambil hulur kasut kat ibu mtk tlg pakaikan...sebelum ni die kalau kuar rumah berkaki ayam aje, ibu selalu cakap

'Aqeef kalau nak keluar kene pakai kasut, dirty dirty'............

tak sangka die igt pulak...pastu kenal lak tu kasut die hehehe

cayang nye Aqeef Danial ;)


Comments

  1. Jiha, cemana jiha buat susu banyak? share lah.

    ReplyDelete
  2. jeles dengar citer susu..dina tengah kesusutan stok ni..puasa punyer penangan..tinggal 2 botol jer dlm freezer!!

    ReplyDelete
  3. kak ilot: mcm2 jenis milk booster jiha try..ape aje yang org jual la...SUSU Ilham, jus pegaga...air bergelen2..... jiha pon tatau mana satu milk booster yang serasi....tp yang paling penting...jgn stress...mang sedih kalau pump dpt 0.5oz aje.. tp lepas pump gagahkan diri senyum and keep in mind...takpe ada lg rezeki susu next session ni... jgn skip pumping...keep on pumping

    deena: takpe dina...keep on pumping

    ReplyDelete
  4. wah..bestnyer stok susu banyak...comelnyer aqeef dah besar....

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20