Skip to main content

Tak Kenal muka anak????

Aqeef di hari ke 7..baru sampai rumah masa ni


Tak kenal muka anak??

Mungkin utk org yang bersalin and anak takda komplikasi, ok kot.... anak sentiasa ada ngan korang kat ward kan..... my situation dulu Aqeef dikejarkan ke NICU...(boleh refer entry ini)... i pula rabun sgt2 so memang tak nampak apa and tak sempat nak grab spec masa tu kat labour room

So..tak dpt tgk muka anak kesayangan yang baru dilahirkan.....macam mana muka anak aku? Bile petang tu kat NICU pon....MashaAllah comelnye anugerah Allah tp still tak dpt nak cam kan btol2 sebab bertiub2 kat mulut die so mulut die mcm terconget sket... berbalut2 kat kepala so mang tak dpt tgk muka Aqeef yang btol

eh eh tp tu bukan main point nye.... I rasa baby newborn muka semua mcm lebih kurang kan, so perasaan cuak takut tak kenal muka anak tu ada tau...lg pulak ramai baby kat NICU tu.... masa kat intermediate ok lg sebab incubator nye fix kat tmpt yang sama...bile die dh tak pakai tiub and masuk kat common area kat NICU tu after 5days...katil die tak fix setempat...ditolak sana sini....lg pulak bile misi2 tu collect semua babies utk mandi.....ish ish mana satu anak aku ni....

tunggu kat kerusi sementara babies dimandikan....lepas siap...satu2 babies ditolak balik ke common area....misi tolak melepasi I yang tgh duduk kat kerusi tu

'eh...tu macam Aqeef....eh yeke hmmmm' ..

teruk kan, tak dpt cam muka anak ,tp yang btol2 confirm itu Aqeef, bile die start nanges...alahai soft aje suara anak i....suara manja gitu....babies lain nanges suara rock besar...anak i aje yang soft..kalah baby girl kat situ....hari ke 6 lah baru rasanye ibu cam muka Aqeef..ayoyo

tgk2 balik album Aqeef masa newborn...alahai Alhamdulillah senang nak jaga Aqeef ;)

Ibu SAYANG SAYANG SAYANG Aqeef Danial

Comments

  1. hhaha. tp newborn mmg muka nak same je kan. kite xde lah pengalaman anak tak stay sekali. lps czer je imaan mmg ada dgn me all the time so xdelah rasa tak kenal. tp xmustahil lah kot kalau baby dah letak ramai2 mane lah kite nak direct kenal anak kite kan.

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Teringat kisah kita dengan Wahid dulu masa Nashriq kena warded sebab jaundice.

    Warna kulit Nashriq kan coklat-coklat gelap sikit. Pastu masa lahir dia kurus sangat. Dah satu hari kena stay bawah lampu biru tu, Esoknya nurse pakaikan baju siap berbedung hijau hospital tu nak balik.

    Kami ni pusinglah satu ward mencari mana Nashriqqq nii. Tak jumpa pong. Dah cuak gila dah. Sekali bila tanya kat nurse, dia tunjuk satu baby cot betul-betul depan mata. "Eh, apsal putih pulak pastu nampak cam berisi?"

    Memang gelak sangat masa tu. Rupanya dia duduk dalam aircond kan, kulit dia cam sejuk lah pastu susu + tidur aje, itu yang badan dia berisi sikit.

    Heee. Ingatkan ada orang nak culik anak lah kononnyaaa. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Simpul biawak semasa hamil tanda kurang kalsium?

Simpul biawak atau pun kekejangan pada betis semasa hamil sangat menyeksakan kan? Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan. Jiha sendiri pun pernah ada pengalaman simpul biawak ni semasa hamil anak pertama. Esoknya terhencut-hencut berjalan. Tetapi anak kedua, ketiga dan keempat tak kena pun simpul biawak ni. Alhamdulillah. Nak tahu rahsianya? Gambar ihsan google Simpul biawak tanda anda Kekurangan Kalsium Tahukah punca kekejangan kaki ini ialah apabila anda kurang pengambilan kalsium. Ibu hamil terutamanya, sumber kalsium harian yang diambil mungkin tidak mencukupi kerana kalsium telah diserap oleh bayi dalam kandungan untuk pembetukan tulang bayi yang sihat. Jadi jika pengambilan kalsium tidak cukup untuk menyokong keperluan ibu hamil dan bayi, kesan jangka pendek nya ialah ibu hamil akan mengalami masalah simpul biawak atau kejang kaki.  Info : Ibu Hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Segelas susu mempunyai lebih kurang 100~200mg kalsium ...

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia...

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l...