Skip to main content

Hari yang mendebarkan.........

Semalam amek cuti sebab nak uruskan mcm2 hal....since hubby pon cuti...so ke Shah Alam lah kami utk setelkan mcm2 urusan

Parked kete kat pkns pastu gi tabung haji and gi kedai kodak. pastu gi Ssm kat Pas pulak, masa kat ssm tu kaunter mtk ic then i realized yg purse i takde, gelabah gile sebab selama ni i tak penah hilang purse, gi pkns cari kat kete takde, yus gi cari kt tabung haji n kedai kodak pon takde

I mmg yakin sgt yg selama di pkns n pas tu i takde kuarkan purse, last i pgg purse masa nak bayar parking kt kwsp tu tp i tak igt samada dah masukkan dlm bag lom (i skang sgt2 pelupa, mcm2 hal lately sebab i asek lupa aje)

i pening2 takkan kene seluk lak bag i, yus was with me all the time, i mohon banyak2 kat Allah sebab i dh buntu sgt, masa gelabah2 dlm kete kat parking tu, tibe2 nampak sorang encik ni dtg dekat kete and ketuk tingkap. pastu i nampak die pgg purse i, rasa nak menjerit2 gembira kat situ, rupenye masa i kuar kete tu, purse i jatuh kt tepi kete, i rasa before that i letak kat lap i, tak perasan ditutup ngan bag, bile kuar tak perasan jatuh

encik tu niat nak hantar purse tu based on ic aqeef, latest address since ic i tak sama add so die rasa ic anak la latest add kan ;)

tp die tergerak nak lalu balik kt parking tu and die mmg rasa empunya myvi kelabu tu punye purse, sebelum ni die park sebelah kete i, masa die kuar die ternampak purse I, so die pon amek la simpan and nak pulang balik

I was so grateful berjumpa dgn org mcm ni....thank you Allah....thank you encik yang budiman...hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa encik

since dah kelam kabut tu, ada 2 lg urusan yang belum dpt buat ...draw duit Aqeef dr CIMB Junior and buat kad nikah....dah nak masuk tahun ke3 kawin, kad nikah tak buat lg...ke hulu hilir dgn Sijil Nikah aje la

oh oh ye... dah selamat register company even IC takde (thanks kat Puan kat kaunter tu leh consider)..... MYBABYPIMPOM ENTERPRISE ...Alhamdulillah

Comments

  1. syukur lah kan....wah bagusnya kalau ramai malaysian mcm encik itew.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...masih ada orang yang berhati mulia dalam dunia ni kann?

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Simpul biawak semasa hamil tanda kurang kalsium?

Simpul biawak atau pun kekejangan pada betis semasa hamil sangat menyeksakan kan? Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan. Jiha sendiri pun pernah ada pengalaman simpul biawak ni semasa hamil anak pertama. Esoknya terhencut-hencut berjalan. Tetapi anak kedua, ketiga dan keempat tak kena pun simpul biawak ni. Alhamdulillah. Nak tahu rahsianya? Gambar ihsan google Simpul biawak tanda anda Kekurangan Kalsium Tahukah punca kekejangan kaki ini ialah apabila anda kurang pengambilan kalsium. Ibu hamil terutamanya, sumber kalsium harian yang diambil mungkin tidak mencukupi kerana kalsium telah diserap oleh bayi dalam kandungan untuk pembetukan tulang bayi yang sihat. Jadi jika pengambilan kalsium tidak cukup untuk menyokong keperluan ibu hamil dan bayi, kesan jangka pendek nya ialah ibu hamil akan mengalami masalah simpul biawak atau kejang kaki.  Info : Ibu Hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Segelas susu mempunyai lebih kurang 100~200mg kalsium ...

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia...

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l...