Skip to main content

Kelas VLOG : Dari Blogger ke Vlogger



Alhamdulillah...nak buat entry ni dari last week, tapi ada masalah sikit tak boleh nak open gmail, blogger acc kat Google Chrome. Bile bukak kat IE and Mozilla, ya ampun , kemain lembab nye, asek hang pulak tu hehehe

Ok, back to the topic...masa cuti Hari Malaysia hari tu 16 September 2013, Jiha diberi tugasan untuk organize aktivity...and since I am so interested to learn about VLOG...so babah RMC pon suruh organize Kelas VLOG

Initial plan nak buat kat Faizland, tapi tenaga pengajar (ecewahhh) iaitu Master Hadhatina & MKB ada permintaan suruh buat kat rumah mereka di USJ Heights...sebab semua tools ada kat situ...ayoyo ingat videocam aje...tapi bila dah sampai sana, banyak rupanya tools untuk menghasilkan VLOG yang bagus.
Jenis2 shot, microphone, lighting, software dan macam2 lagi

Banyak ilmu diserap hari tu...Ilmu baru... Thanks to Master Hadhatina , MKB dan Babah Faiz and of course my mak Ainul hehehe....bukan setakat belajar camne nak buat VLOG aje...tapi ada sharing2 yang best dari Mak and Neni...sharing over makan2 hehehehe....oh Kelas VLOG merangkap Jamuan Makan2 sekali...banyak betul makanan ada....ada Nasi Lemak by Mak Ainul, Cupcakes and pulut kuning dan rendang by Norli, Murtabak Raja by Lin, Laksa by Jiha hehehe...tapi Jiha tempah aje lah hehehe

Oh Kelas VLOG ni yang menariknya..kiterang kene hands On ok...so merasa la jadi retis kejap masa tu...seronok sangat hahaha...ok so mari kita layan VLOG dan gambar hasil dari kelas hari tu

Ini lah tugasan VLOG kita http://www.youtube.com/watch?v=9nn4lm4rB-U

Token of Appreciation to Master Hadhatina and MKB

Sebelum kelas mula, kita makan dulu hehehe...sambil makan sambil dengar sharing

hah tu dia....makanan

kelas mula

Rancangan Nona Manis hehehe...suami i jadi cameraman hehehe

Team lagi satu...buat kat Soho neni

mak saya ;)

Thanks sifu ;)

Selamat Hari Malaysia dari team RMC

Hehehe ok lepas ni kene praktis lagi lah nak godek software...nak jadi Vlogger jugak hehehehe

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20