Auni Nadra oh Auni Nadra

November 28, 2013

Awak bangun pukul 430am setiap hari.

No no ibu bukannya jadi mata panda, tapi jadual ibu bermula 4-430am tu, tapi bila awak bangun time tu, agak lari2 jadual ibu.

Sampaikan ibu kene solat atas katil ni hah sebab awak asik nak buat aksi terjun tiruk dari katil. Tunggu lah balik rumah sendiri di Penang nanti. Duduk lah awak dalam baby cot ye. No more co-sleep.

Adoi dah sebulan lebih ni co-sleep, harap balik Penang awak nak tidur balik dalam cot ye. Kalau tak susah lah ibu nak buat kerja.

Playyard pon ibu akan keluarkan, since awak dah kuat sangat merayap and mengutip. Sila lah main di dalam Playyard aje ye.

Lusa awak dah nak masuk 8 bulan. Dah berdiri tegap dah awak. Dah mula nak melangkah. Ibu tak boleh bayangkan, awak yang kecik halus ni berjalan seawal ini. Hehehe macam baby kecik berjalan, kelakar pon ada. Hehehe

Auni Nadra yang juga tidak suka tidur siang, why anak why anak. Tidur itu kan best, kalau lah ibu tak banyak kerja, syok nye lah tidur, eh? Hahahaha ape la ibu melalut

Since di rumah nenek takde cot, takde baby chair, ibu asek la kene dukung awak. Sampai terseliuh belikat ibu ni hehehe. Nasib la ibu makan supplement nak oiiii, kalau tak flet habis dh ni

Hehehe Auni Nadra oh Auni Nadra

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies