Majlis Aqiqah Mr Ilham

November 03, 2013

Mr Ilham

Alhamdulillah berkesempatan juga datang Majlis Aqiqah Mr Ilham baby baru kepada neni Hadhatina dan MKB. Kami sampai lambat sikit dalam pukul 3 sebab setelkan urusan lain dulu hehehe. Alahai Mr Ilham ni pipi nye menggeramkan, rasa nak gomol aje hehehe

Lauk kenduri Aqiqah

Hehehe rupanya mak and babah Shaklee saya yang uruskan hal Catering. Caya lah hehehehe. Ye lah, neni Hadha masih Mak Tang (berpantang) lagi, so mak Ainul dan Babah Faiz yang tolong uruskan. Lauk ada kari kambing, sup kambing, ayam rempah, ikan masin, ulaman, sambal belacan. Semua sedap, suami ku sampai amek semangkuk penuh Sup Kambing hehehehe. Oh hehehe, kami pon tengah memikirkan tentang Lauk kenduri Aqiqah sebab InshaAllah nak buat Aqiqah untuk Auni Nadra juga nanti.

Team Supermom

Oh disebabkan Jiha sampai agak lewat, tak sempat la nak bermesra-mesra dengan ramai team Supermom, sempat jumpa dengan Sarah aje. Hehehe selalu whatsapp aje, ni baru lah jumpa. Duduk dengar Sarah borak dengan babah pasal experience masing-masing. Syok betul aktiviti Supermom ni tau. Lepak sama-sama sambil makan sambil share experience. Lagi mesra gitu.

Majlis Aqiqah Auni Nadra?

Hehehe dah besar baru nak buat Aqiqah kan, hehehe apa lah ibu ni. Sebenarnye ibu agak busy hehe. Ala masa abang Aqeef Danial pon lambat jugak, masa 6 bulan, tapi Auni Nadra lagi lambat hahahha masa dia 9bulan nanti baru nak buat. Buat masa sekarang ni, plan nya ialah 22 Disember. Kat rumah parents di Taman Keramat. Nanti bila dah confirm, akan ada official invite ye hehehehe.


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies