Skip to main content

FAQ : Buat Bisnes Shaklee ni ok ke?

Ada yang tanya kat saya macam-macam soalan bila nak buat Shaklee ni, ye lah saya pun dulu macam tu. Tanya itu ini kan. Ok ni antara soalan yang selalu saya dapat

Q: Betul ke buat bisnes Shaklee ni ok?

A: Ok, sebab saya percaya pada produknya. Saya adalah pengguna Shaklee, ahli makan sendiri sahaja selama 7bulan. Hehehe rugi kan, 7 bulan tu macam-macam achievement boleh dapat kan. Tapi takpe, saya nak KENAL dan CINTA dulu, baru saya yakin nak KONGSI dengan semua. Apa yang saya boleh ulaskan, pengalaman mengandung mudah, pengalaman bersalin mudah, pengalaman berpantang mudah, kulit yang teruk akibat parut chicken pox kini tiada lagi. So macammana lah saya tak yakin kan.

Q: Saya ni pemalu la, tak pandai?

A: Saya pun pemalu, lambat sikit nak mesra dengan orang. Memang makan masa. Tapi itu lah keindahan bisnes ONLINE, nak malu apa, bukan nya nak suruh bercakap depan orang pon. Share je dari hati, InshaAllah akan hilang rasa malu tak menentu tu. Kita niat nak share kebaikan Shaklee kat orang dan dengan niat untuk ekonomi keluarga, kurangkan beban suami dan untuk anak-anak. So tak perlu nak malu. Check balik niat kita.

Q: Saya nampak dah ramai SID kan, boleh jual ke?

A: Ye, masa nak mula aktif bisnes Shaklee, saya pon berfikiran macam tu. Sebab semua kawan baik saya SID, kawan NML Gegirl saya kat Sirim semua SID, rakan-rakan blogger saya kebanyakkan nya SID. Tapi kalau saya masih berteka-teki macam tu, saya tak akan dapat di rank saya sekarang, tak akan dapat bonus melebihi gaji saya as engineer dulu. Percaya rezeki Allah ye sayang ku sekelian.

Q: Saya tak ada modal besar lah nak buat SHAKLEE?

A: Allah....nak buat apa nye modal besar-besar. Saya join dulu pon hanya rm65 + rm10 untuk postage memberkit Shaklee tu. Selebihnya kita fokus sharing produk, InshaAllah boleh dapat modal 100% dari customers. Bila customer bayar, baru order. Kalau masih rasa rm75 tu membebankan, saya ada cara mengurangkan bebanan korang tu tapi korang kena lah buktikan yang korang betul-betul worth it. Dan saya memang orang yang betul-betul nak berjaya. Yang ada attitude yang positif dan rajin berusaha supaya senang saya nak bawak sama-sama ke puncak kejayaan. InshaAllah.

Q: Jiha jauh di Penang, macammana nak guide saya?

A: Sepertimana yang awak hubungi saya melalui whatsapp atau Facebook. Itu lah antara medium nya. Bukan itu sahaja, Jiha akan add dalam group exclusive yang penuh informasi dan discussion sesama SID sangat-sangat digalakkan.

Ok lah...sekiranya ada lagi sebarang keraguan atau pertanyaan, boleh la hubungi Jiha ye

0123807024

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…