Skip to main content

Ibu kepada anak Eczema ;(

Salam... ok nak cerita.. sebenarnya tak suka nak kenang-kenang kisah lama. Tapi takpe lah.... sebab niat nak sharing

Bila anak sakit...Saya adalah seorang yang In Denial .. taknak mengaku yang anak sakit...  menipu diri sendiri...

Ye saya seorang Ibu kepada anak yang ada  eczema, boleh dikatakan agak teruk jugak.
Tapi tu dulu.... Dulu?...

Orang kata eczema tak boleh dirawat, cuma boleh dikawal. Mungkin iya. Tapi mungkin rezeki saya dulu punya anak yang agak teruk eczema dia tapi sekarang dah takde.

Terkejut pon ada....mana pergi kulit-kulit menggerutu, mana pergi luka kudis yang berdarah tu, mana pergi kulit kepala yang basah berbau sampai tercabut kulit kepala tu.  

Dan paling terkejut....Alhamdulillah, masalah kesihatan seperti pneumonia, bronchistis pon hilang sekali.

Banyak yang ibu korban makan demi Aqeef Danial, tapi eczema tetap ada.

Dan lagi sekali...saya bukan lah dapat apa-apa komisyen dgn promote Klinik Dr Nadir tu....tapi saya dah rasa kesan positif selepas mengamalkan apa yang Dr Nadir suruh
..... so Ibu ni excited nak share dengan semua orang, agar dapat merasa juga benefit yang kami rasai.


Sebelum tu jumpa Doktor pakar kulit dan bayar beratus-ratus untuk steroid cream dan ubat tahan gatal huhuhu...masa tu ilmu kurang, so apply lah segala macam cream tu, mula-mula pakai nampak elok, tapi lepas tu akan jadi balik. 

Alhamdulillah, Dr Nadir suruh buang dan pantang ubat batuk, ubat selsema, ubat tahan muntah, ubat tahan gatal....ibu pon included sekali sebab breastfeed anak and for our own health jugak. Lepas je saya ikut semua ni .....di situ lah MAGIK bermula.....

Eczema Aqeef takde.....kesan peninggalan pon takde....kalau dulu selsema je terus masuk hospital, ni nak selsema pon jarang, kalau dapat pon berada dalam keadaan terkawal sebab kami guna kaedah steaming. Dan untuk Aqeef dulu, kawal juga dengan cream MooGoo. Dan untuk adik Auni Nadra, saya pilih Buds soothing cream with prebiotics tu, Auni tak boleh berhabuk...nanti dia gatal, tapi makanan semua dia bedal hehe. Alhamdulillah. Yang penting pilih yang non-steroid cream ye.

Cuba lah...ini sharing dari saya ..terpulang nak ikut ke tak....tapi saya mmg strongly suggest that pergi jumpa Dr Nadir dulu (Klinik Wangsa, Dr Nadir Khan: Wangsa Maju, berdekatan Jusco Wangsa Maju, dan klinik ni betul2 opposite Branch Shaklee Wangsa Maju...dan timbang tara samada bagus ke tidak...nak buat ke tidak)

Be strong momma...

Comments

  1. Replies
    1. Thanks dear....sharing mana tahu berkesan pada anak2 E yang lain

      Delete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20