Skip to main content

Kesultanan Melayu Melaka..apa kaitan dengan Shaklee pulak ni

Ok Melaka is a nice place to visit kan...banyak sangat tinggalan sejarah dan tempat2 menarik (tempat makan hehe yang korang boleh pergi)

Jiha pon dulu duduk Melaka tau...masa kecik...ada lah dalam 2 ke 3 tahun...di Taman Bukit Rambai dan di Kem Terendak. 

So meh nak cerita pasal Melaka sikit...dari segi sejarahnya...Kesultanan Melayu Melaka

(Oh di akhir cerita, I'll let u know why I love Melaka and apa kaitan nya dengan Shaklee di hati ku ini hehehe)


PENGASAS MELAKA

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. 

Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.
Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

MELAKA MENDAPAT NAMA

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya 
menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas 
berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang 
Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang 
akan menghasilkan kejayaan.

Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena 
nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.


PENTADBIRAN MELAKA

Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk 
memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar 
Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. 
Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar 
Bertiga Puluh Dua.


KEISTIMEWAAN MELAKA

Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. 
Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;

1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun 
amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal 
kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.

3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat 
tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.

PERKEMBANGAN MELAKA

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Sultan Megat 
Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang 
kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). 

Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda 
Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, 
orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan 
gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan 
memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai 
agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu 
seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama 
Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai 
oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah 
(Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang 
diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, 
dengan mudah. 

Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar 
Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau 
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu
kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

ISLAM DI MELAKA

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera 
kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula 
berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 
(1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang 
Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama 
Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
  • Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. 
  • Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
  • Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut 
  • menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan 
  • di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan 
  • Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk 
  • tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
  • Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan 
  • memeluk agama Islam.
  • Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama 
  • bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan 
  • madrasah.
  • Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah 
  • menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
  • Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
  • Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk 
  • bertanyakan hal-hal agama.
  • Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
  • Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim 
  • Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
  • Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
  • Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
  • Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar 
  • dalam urusan pentadbiran.

KEJAYAAN MELAKA

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada 
Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor 
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan 
Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya 
merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang 
dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat 
martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja 
yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan 
infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa 
Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. 

Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara
sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ 
dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka 
sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam 
dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan 
hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya 
dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Fail:Petamelaka.jpg


Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu 
bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang 
Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang 
dibawa ke Melaka ke tempat lain. 

Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada 
Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi 
menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

KEGEMILANGAN MELAKA

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang 
strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan 
diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po 
dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan 
Mansur Shah juga menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk 
mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum 
Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. 
Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri 
daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka 
ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan 
jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga 

kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

KEJATUHAN MELAKA

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan 
merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka,
telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami 
rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang 
mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh
 itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan
sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di 
Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali 
Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik
gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan 
supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh 
Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas 
Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak
 Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke
Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat 
dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan 
dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang 
diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan 
Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya 
mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas 
dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi 
anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang 
berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda 
Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan 
mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

SAYA SUKA MELAKA DAN KAITAN DENGAN SHAKLEE

Ok apakah kaitan Shaklee dengan Melaka. Bila sebut Melaka, sejarah yang paling Jiha ingat ialah 
'perdagangan'. Di mana ramai pedagang-pedagang di seluruh dunia akan berlabuh di Melaka untuk berdagang.
Dari dulu lagi orang dah berniaga, malah dari zaman nabi-nabi kita pon kan. Sebab rezeki yang melimpah ruah 
Allah telah janjikan kepada hambaNya yang berniaga. Dan of course dengan cara yang betul lah, baru lah 
berkat rezeki itu. 

So bila teringatkan Melaka dan kisahnya sebagai pusat perdagangan tersohor di tanah Melayu, Jiha dapat 
relatekan diri Jiha dengan Shaklee sebab sangat suka berniaga Shaklee ni.

Dan InshaAllah, bulan April nanti, Jiha pon nak jadi pedagang juga tapi kat bukan kat Melaka lah...tapi 
berdagang ke Jogja dan Jakarta. Semoga urusan perniaagaan di sana berjalan dengan lancar.

Okeh nak tahu apa lagi yang best nya pasal Melaka dan Shaklee pada Jiha, baca bawah ni

Akhir Desember 2013, berjaya pujuk husband untuk jalan2 ke Melaka..boleh refer to my link ye tentang 
kisah percutian serta tempat makan-makan yang istimewa kat Melaka.

Tapi yang paling bermakna, sebab dalam berjalan makan angin tu, handphone memang sentiasa melekat 
sebab ialah sehari sebelum closing. Pulun habis ni, dan akhirnya manis yang dapat. Setelah hampir 7 bulan 
di rank Supervisor, December yang manis di Melaka, berjaya naik ke rank baru Sr Supervisor. 

Oh Melaka, I need to come and visit u again

oh ya...lets give credit to tuan punya blog on Kesultanan Melayu Melaka ni....very informative...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20