Rumah ku Syurga ku siap tahun 2016

February 25, 2014

Alhamdulillah..... beberapa hari sebelum melahirkan Auni Nadra tahun lepas, dapat juga selesaikan urusan membeli rumah. Apartment je. Kat Penang Island ni kalau nak rumah landed, agaga...tu kene tunggu i jadi Master Coordinator....doa kan ye...Aim memang tahun ni nak jadi Master Coordinator. Amin Amin Amin.

Ok berbalik pada cerita rumah tadi....walaupun siapnya lama lagi tahun 2016 (agagagaga)...tapi dah berangan dah dari sekarang nanti layout dia macam mana, nak susun perabot macam mana...hikhik berangan dan berusaha, bila tanya-tanya orang, kos nak masuk rumah tu boleh tahan jugak ye. So kena buat budget dari sekarang. Plan betul-betul. Dan usaha lah cari duit kan apa lagi hehehehe.

Dah berangan-angan nak deco walaupun rumah takla besar mana, tapi bila google, rumah kecil pon kalau pandai hias, nampak kemas dan cantik juga kan...ayayai

Berangan nak built in wardrobe kat bilik with sliding door dia semua cermin, so bilik nampak besar dan saya boleh RCA dengan bahagia hahahahaha.

Walaupun dapur kecil, berangan nak letak island jugak hahahaha, dan kitchen cabinet warna merah yang sexy itu hehehehe tengok lah macam mana nanti.

Oh ada 3 bilik je tau....macam mana orang yang ada 3 bilik je eh...Ni rumah sewa ni pon 3 bilik je, tapi satu bilik tu mcm stor, penuh barang, pinggan mangkuk org kawen, baju2 lama yang elok2 lagi dan barang buaian berendoi semua....fuhhhh pening tengok bilik tu.

Sayang lah kan kalau satu bilik jadi stor... nak Aqeef satu bilik, Auni satu bilik...boleh la ada ruang yang cukup untuk dierang bermain and belajar.

Macammana nak uruskan barang-barang tu ye...fenin kepala gwe

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies