4 batang gigi Auni Nadra

March 14, 2014

Salam Jumaat semua....

Hehehe hari ini nak cerita pasal anak dara kecik ni...Auni Nadra

Sekarang ni dah ada 4 batang gigi yang comel...hehehehe
So tahu-tahu lah kan, kalau dah ada gigi ni maka bermula lah aktiviti gigit menggigit hehehhee.

Buat Muka Comel
Tiap kali lepas menggigit je, of course la kita terkejut kan, dia boleh menyengih je macam benda tu kelakar. Buat muka comel. Pastu sambung gigit. Dia ingat kita jerit tu kita tengah seronok kot, tu yang dia buat lagi kot. Adoi lah anak

Dah Kenal Gigi
Hehehe, Auni Nadra kenal gigi dah...bila kita tanya dia 'Gigi mana gigi?', nanti dia akan tengok gigi kita and tunjuk. Kadang-kadang je tunjuk gigi sendiri. MasyaAllah, dah besar lah anak ibu ni.

Buat Muka Comel Lagi
Auni Nadra ni sangat la explorer nya tau. Masuk bawah meja la, bawah rak tv la and she is attracted to plug and extention wyre tu. Eee sabar aje la. Bila ibu panggil dia nak suruh stop from she is about to do
'AUNI NADRA!!!!' .... die akan stop la, pastu nyengih and satu tangan dia tetap nak capai juga...panggil lagi sekali dengan suara yang tegas dan renungan tajam...nanti die nyengih lagi....ibu teruskan renungan tajam tu....nanti dia akan buat muka geram and berjalan ke arah ibu ... hahaha macam la ibu takut dengan muka geram comel awak tu .

Dah pandai cakap Telefon
Hahaha ini pon satu nya, apa aje yang dia jumpa. Mesti letak kat telinga, pastu 'ooo oooo ayah oooo'...konon call ayah dia la tu kan hehehe. Kadangan tak jumpa apa nak dijadikan telefon, guna lengan sendiri pon boleh hahahah

Penunggu Ayah yang setia
Kalau ayah balik, dia bunyi grill je, dia orang pertama bangun dan pergi ke arah pintu. Lately ni ayah balik lambat, dia bangun and bercakap bebel bebel depan pintu... 'ooooo aaaa oooo?'...nada bebelan tu macam tanya 'ayah ke tu?'... sayang betul tak sempat nak amek video tiap kali dia buat tu...asal angkat phone je...dia dah stop dah buat benda lain hehehhee.

Takda rambut sangat
Ok dah la dia kategori halus, tinggi ok kalau ikut carta perkembangan, badan je paling minima tapi Alhamdulillah di zone selamat juga. Tapi dia memang nampak halus, so orang ingat kan dia baby lagi. Dengan takda rambut sangat tu kan hehehe. Kelakar bila dia berjalan, orang ingatkan baby kecil berjalan hehehe.... tapi memang dia dah mula berdiri dan menapak masa 7 bulan lagi...ni memang lebih advance dari abang tau hehehe.

30 March 2014
Pada tarikh ni, maka akan genaplah Auni Nadra setahun. Ya Allah, sekejap nya masa berlalu. Syukur masih diberi nikmat menyusukan susu ibu sepenuhnya pada anak dara sorang ni. Maka dah hampir setahun juga lah Jiha ni menjadi Wahm...seronok dan beruntung betul Auni Nadra sebab ibu dah jadi Wahm hehehe. Oh tak plan apa-apa pun lagi untuk birthday dia. Banyak sangat kenduri bulan 3 ni. Mungkin buat masa kenduri adik suami nanti kt Kulai on 29 Mac nanti kot.

Ok lah meh la layan sikit gambar Auni Nadra ni. Doakan dia jadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat.

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies