Skip to main content

Natural beauty atau Make Up beauty???

Ok orang perempuan kalau tanya pasal make up, cukup seronok. Dari A to Z segala berkaitan make up dia tahu. Color code untuk lipstick pun dia tahu hehehehe.

Tak dinafikan, orang perempuan memang suka cantik kan. Belajar la macam-macam teknik make up. Sekarang ni pulak dunia hujung jari je, tutorial nak make up ni ada je kat internet.

Kalau tanya orang lelaki, betul ke majoriti kata suka kan natural beauty? Tak berapa suka perempuan bermake up  Lebih-lebih lagi yang bermake up tebal. Tapi kenapa orang perempuan masih suka ber make up?

Itu adalah nafsu yang kebanyakkan orang perempuan kalah. Tak boleh nak menolak. Lebih-lebih lagi kalau di luar rumah je yang bermake up bagai untuk tontonan lelaki bukan ajnabi huhu. Di rumah tanpa make up pun di depan suami sendiri. Ouchhhh bahaya ye orang perempuan, isteri-isteri.

Even Jiha yang tak make up keluar pun, tapi nak bersiap pakai baju cantik sikit, lama-lama depan cermin nak betulkan tudung pun husband kadang merajuk. Kata nak bersiap keluar teliti bukan main. Ouchh hehehe lepas ni wajib la sentiasa berbaju cantik di rumah hehhe.

Ok isteri-isteri nak bercantik tak semestinya kena bermake up. Cantikkan dalaman dulu, InsyaAllah akan nampak cantik di luaran. Dan jangan lupa di rumah pun kene pakai cantik-cantik ye ... dress ke...jangan la pakai baju kelawar ke, kain batik ke hehhee.

Jom bercantik-cantik...nak cantik dalaman??

Klik SINI

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20