Skip to main content

Tidur lewat penyebab kulit kasar???

Hehehe yeke tidur lewat penyebab kulit kasar?

Dulu masa student, kan selalu stay up kan, lagi-lagi lah kalau ada test and exams.
Ada lah seorang hamba Allah ni pesan, 

'Orang Perempuan tak elok tidur lewat malam tau, nanti kulit kasar, dah tak cantik'


Oh seriously memang tak tahu and tak pernah dengar hehehe. So macam malas nak amek pot sangat. Hahaha. Student life biasalah kan, mana lah tidur awal-awal ni.

Tapi sejak-sejak mencecah 3 series ni, semua tips-tips kecantikan memang ambil pusing hehehhee. Paranoia tak? Hahahaha. Ye lah orang perempuan mesti lah kena jaga kecantikan demi keharmonian rumahtangga.

Ada orang kata...kahwin sebab cantik je ke....kalau dah tak cantik, suami dah tak sayang?.... No No No...bercantik-cantik untuk suami kan dapat pahala...taknak ke pahala? Hehehe....dan semestinya bukan jaga kecantikan je untuk keharmonian rumah tangga...kena lah jaga perutnya, jaga isi rumah dan anak-anak kesayangan, jaga maruah suami dan diri sendiri. Dan yang paling penting, mohon pada Allah agar dipelihara kebahagiaan hingga ke Jannah. Amin.

Ok berbalik pada tidur lewat penyebab kulit kasar tu, bila baca-baca memang betul rupanya (terima kasih pada hamba Allah tu sebab bagitahu saya dulu hehe)

Sebenarnya waktu malam, proses detoks sedang berlaku dan seharusnya badan kita berada dalam keadaan yang 'relax' iaitu tidur lah. Sekiranya masih belum tidur, ianya akan menggangu proses detoks dan akan menyebabkan JERAWAT tumbuh di muka.

Oh NO!!!! Nehi kabi nehi....

Lepas ni memang kene disiplinkan diri untuk tidur awal lah. Tak sanggup nak bagi muka disinggah jerawat hehehe.

Ok uollssss....lepas ni moh kita tidur awal .....semua nak CANTIK kan???

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20