Family Day group Iron Millionaires

April 28, 2014

Hehe ni entry lewat seminggu ni...

Alhamdulillah, pada 20 April 2014, Family Day pertama untuk group kesayangan Jiha iaitu Iron Millionaires.

Kecil-kecilan sahaja. Dalam 30 orang je yang hadir. Tapi cukup seronok. And yang bestnya, mama Shaklee Jiha pun sudi join sekali Family Day group besi ni hehehehe.

AJK yang menjayakan

Terlebih dahulu Thanks sangat kepada AJK utk hari itu. Suharmi sebagai Ajk makan. Menu sarapan hari itu Nasi Lemak berlaukkan sambal kerang. Memang sedap sambal lerang, patut la encik Suharmi ni dok promote hehehe. Selain dari itu ada juga meehun goreng serta nugget. Dan tak kurang juga anak-anak Shaklee saya yang bawa makanan jugak. Kakngah bawak sambal hitam dan kuih-muih. Dila bawa 2 jenis brownies yang sangat lah sedapnya. Dan ada juga snowy cheese cake leleh dari Jiha untuk kek Family Day (tempah aje ye , bukan I buat hehhee)

Ada juga AJK games iaitu Puan Lin kita. Thanks for all the fun games. Excited sangat mak2 budak main ye. Ada jugak games untuk anak2 sekali. Oh tuah banyak berpihak kepada Dila sebab banyak bolot hadiah pada hari itu.

AJK hadiah iaitu Jiha sendiri...hehehe bab2 hadiah ni memang sookaaaaa sangat hehehe. Excited yang amat. Cari hadiah untuk games, doorgift dan yang paling best sekali bila cari hadiah untuk mereka yang perform masa bulan March. Terimalah hadiah yang taj seberapa dari mama Shaklee mu ini. Semoga anak2 mama sentiasa cemerlang dan berjaya menuju puncak kejayaan dalam Shaklee serta juga di dunia dan akhirat.

AJK tempat pun ada juga sebenarnya tapi last minute terpaksa cancel sebab hal yang tak diingini. Thanks to her sebab sponsor grand prize untuk games anak-anak. Hehehee

Penghibur Jemputan

Hahaha tak pasal2 babah kene jadi mc hari tu. Padahal die jemputan khas tu. Tapi takpela, babah ni menceriakan majlis sebab sesuai jadi mc. Tak lupa juga petikan gitar dan tiupan harmonika dia yang menceriakan lagi Family Day Iron Millionaires ni.

Sharing rahsia kejayaan

Dan yang paling penting, mama dengan harapan menggunung (ecewah) agar anak-anak sentiasa kekal positif, bersemangat waja, sabar, tidak cepat putus asa..ada sedikit sharing dari mama Ainul dan mama sendiri selepas itu. Seriously, dengan Shaklee memang boleh pergi jauh. Memang mama sendiri pun tak menyangka boleh di tahap ini sekarang. Boleh merasa gaji macam ni. Sob sob sayu pulak.

Membina Silaturrahim

Harapnya dengan aktiviti seperti ini, dapatlah mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Jaga hubungan sesama manusia, dengan siapa sahaja. Dalam family Shaklee ni, jaga hubungan dengan mak, dengan anak dan juga adik-beradik (sideline). InsyaAllah, hidup lagi tenang dan gembira.

Next Family Day

InsyaAllah kalau ada kelapangan, kita buat lagi. Yang penting anak2 seronok, kita pun dapat release tension lepas penat kerja. Dapat merapatkan lagi ukhwah antara kita. Oh I really love my Iron Millionaires family.

LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

Thanks Lovelies