Skip to main content

10 Tips KECANTIKAN wanita 30an...Amalkan kalau taknak kulit cepat KEDUT!!!

Oh Wanita 30an..... adakah anda seperti JIHA?

Masa muda tak ambil kisah pasal kecantikan kulit. Sepatutnya bermula umur 25 tahun lagi kita sudah perlu menitikberatkan kecantikan kulit.

Ok la..better late than never...jom kita amalkan tips ini dengan segera, hari ini Jiha nak share 10 tips kecantikan wanita 30an  yang perlu kita amalkan.


Tip # 1 : Lakukan rutin CTM

Apa CTM ini? Ini pun agak baru untuk Jiha ye hehehe. Tapi CTM ni sangat penting untuk kita tau. CTM ialah Cleansing, Toning dan Moisturizing. Ramai di antara kita selalu tidak mementingkan rutin CTM ini semasa muda (termasuklah saya dulu). Rutin CTM ini penting kerana ia menyingkirkan segala kotoran pada kulit wajah. Rutin ini juga akan menampakkan kulit wajah yang lebih segar dan sihat.

Tip # 2 : Pemakanan Sihat

Pastikan anda masukkan buah dan sayur yang banyak dalam menu harian anda. Ini membantu untuk menyahtoksin dan akan menampakkan kulit yang lebih sihat.

Tip # 3 : Makanan Tambahan / Supplement

Vitamin C dan Vitamin E antara yan paling disarankan untuk ambil untuk memastikan kulit sentiasa anjal. Supplement ini membantu dalam menghasilkan collagen yang memastikan kulit anjal untuk jangka masa yang lama.

Tip # 4 : Masker

Oh ini saya suka, saya suka hehehe. Boleh refer link ini untuk cara Jiha pakai Masker ok

Tip # 5 : Bersenam

Berjalan lah selama 30 minit atau pergi ke Gym. (Untuk Jiha, gym di rumah je, dengan Ogawa Ez Tone, lebih mudah sebab ada anak-anak kecil di rumah kan, nak ke Gym memang tiada masa nye). Dengan bersenam, bukan sahaja bagus untuk kulit tetapi juga bagus untuk blood cell. Bersenam dengan kerap dapat mengelak dari stress dan seterusnya menghalang pembentukan jerawat. 
Being healthy and fit = Beautiful skin naturally.

Tip # 6 : Exfoliate

Exfoliate atau scrubbing ni bagus untuk menyingkirkan sel kulit yang telah mati. Scrub mudah dengan mix kan gula halus dengan perahan jus lemon serta sedikit madu. Wallah, segar lepas tu hehehe.

Tip # 7 : AIR!!!!

Air penting untuk hidrasi kan kulit anda dan juga penting untuk menyahtoksin tau. So pastikan anda minum air dengan banyak. (Tips : Minum 1liter air untuk setiap 25kg berat badan kita)

Tip # 8 : Hidup Sihat

BERHENTI MEROKOK kerana ianya menyalurkan lebih banyak toksin ke dalam badan dan menyebabkan kulit anda jadi kusam.

Tip # 9 : Krim Malam

Ini pun penting bagi merawat kulit semasa anda tidur. Hasilnya anda akan dapat kulit tona sekata.

Tip # 10 : Krim bawah mata

Garis halus dan kedutan akan mula menjengah di umur 30an ni tau. Sapukan krim mata di keliling mata especially di bawah mata untuk menghalang dark circles atau eye bag dari menjelma hehehe.


set kulit shaklee
Berindak segera kalau taknak cepat kedut!!!


Ok have fun taking care of yourselves. Enjoy

Nak dapatkan Supplement bagus untuk Kulit , KLIK SINI

Nak dapatkan Set Skin Care yang best. KLIK SINI

Love,
Mama JIHA
0123807024


Ataupun boleh refer link ni untuk ketahui pelbagai medium untuk menghubungi saya---> http://bit.ly/1mMTPI8

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20