Skip to main content

Pengalaman jaga anak kena chicken pox

Chicken pox chicken pox...ko memang tengah musim agaknya kan. Kat Facebook pun ramai orang update kena chicken pox ni hah.

Orang kata sekali seumur hidup wajib kena chicken pox. Teringat masa kecil dulu, adik beradik Jiha semua kena. Macam berantai lepas sorang-sorang. Kaklong kakngah aceed and Ijal kena tapi Jiha tak kena pulak masa tu. Kuat kot antibodi masa tu hikhikhik.

Since belum kena lagi, selalu terfikir, jangan lah kena masa sanding hahaha. Alhamdulillah tak kena. Lepas tu terfikir, jangan lah kena masa mengandung pulak. Masa Aqeef Danial tapi masa Auni Nadra pulak yang kena.

Pengalaman Jiha jaga anak kena chicken pox

Aqeef Danial

Aqeef Danial kena masa umur dia 2 tahun. Yang sedihnya masa ni Jiha and Yus terpaksa buat keputusan untuk hantar Aqeef Danial pulang ke kampung sebab;


1. Masa tu Jiha tengah pregnant. Konon nak kuarantin lah ni. Tapi Allah knows best. Masa 14weeks tu kena juga Jiha chicken pox.

2. Annual leave yang tak cukup. Sebulan boleh ambil 1 hari je. Yang lain tu kena Unpaid Leave. Huhuhu.


Sedihnya masa tu sebab rasa fail sangat. Ibu takda untuk comfort kan Aqeef Danial. Atuk dan nenek yang jaga. Atuk selalu whatsapp gambar Aqeef. Penuh satu badan dan muka dia dengan chicken pox. Yang lagi sedih bila atuk send video dia tengah nangis. Aduhai sian anak ibu.

Auni Nadra

Auni Nadra pulak kena masa umur 1 tahun. Ok Ibu cuak juga la sebab takda pengalaman jaga anak chicken pox. Yang kesiannya sebelum tu dia kena selsema. Lama pulak kena, mungkin sebab virus chicken pox ni lah. Selalunya selsema overnight dah baik dan kering.


Untung Auni Nadra bila ibu buat Shaklee, ibu dah berjaya jadi WAHM. So tiada masalah annual leave dah hehehe. Memang rasa lega sangat dapat jaga anak tak sihat sendiri.

Oh Auni Nadra chicken pox nya tak sebanyak abang. Demam pun sekejap je. Hehehe ini budak memang lasak sikit.

Tips jaga anak kena chicken pox

1. Daun semambu

Yus pergi cari daun semambu ni sebab katanya boleh kurangkan kegatalan. Nasib baik lah kat area Bayan Baru ni banyak pokok semambu. Kami rendam daun semambu tu dalam tub, mandikan Auni Nadra dengan air semambu tu.

Mama Jiha kata, boleh juga blend daun tu dengan beras, bancuh air sikit dan tepek pada chicken pox tu. Tapi ibu tak buat pun hehhee. Ibu tepek Herbal Blend je.


2. Air Kelapa

Orang kata kalau minum air kelapa, chicken pox tu akan keluar dengan banyak dan cepat. So cepat lah baik kan. Masa Aqeef Danial dulu, neneknya kata banyak dia minum. Tapi Auni Nadra tak nak minum sangat.


3. Pakaikan mitten

Gatal kan, budak-budak lagi la nak memggaru je. So kalau ada lagi mitten masa baby dulu, pakaikan lah. Kurang sikit garu. Kalau kena kuku, bisa woo. Masa Aqeef dulu, atuk siap jahitkan mitten untuk Aqeef. Memang takda can la nak garu hahaha.


4. Tak payah pakai baju
Tak payah pakai baju sebab kalau peluh, fuhh lagi rimas anak-anak ni. Lenggeng kan aje. Pakai seluar je and mitten. Lagi satu kalau ada aircond, pasangkan ye. InsyaAllah lega tu heheheh.


5. Elak makanan goreng dan gatal.

Pemakanan pun kena jaga sebab boleh menyebabkan lebih gatal kalau salah makan. Bagus bagi bubur nasi dan sayur aje lah. Hehehe terus jadi vegan anak ku. Orang kata kicap pun takleh bagi. Takut parut hitam.


6. Bagi supplement.

Jiha bagi supplement. Sebab chicken pox pun ada demamnya juga. Kebiasaannya kalau demam, Jiha memang sponging tapi ni chicken pox merata, ibu pun rasa macam seriau nak sponging. So Ibu bagi supplement untuk tingkatkan immune dia. Chewable Vita C dan Nutriferon. Nutriferon tu a sachet a day je. 

Bagi sikit-sikit setiap 4 jam. Suka betul Auni Nadra hehehe. Masa Aqeef Danial dulu, ibu tak kenal lagi dengan Shaklee. Auni Nadra sekarang ni nampak ibu pegang botol Chewable Vita C, joget-joget sebab tahu Ibu nak ambilkan untuk dia.


Chicken Pox cepat kering dan tiada parut

Untuk Auni Nadra memang Jiha pilih Herbal Blend lah. Ni berdasarkan testimoni kawan-kawan yang anak dierang kena chicken pox juga. Dan ternyata berkesan. Bila sapu Herbal blend tu, nampak Auni rasa lega sikit. Dan yang bestnya, cepat kecut dan kering chicken pox dia. Fuhh lega sungguh ibu.

Ibu pun tumpang sekaki pakai Herbal Blend ni sebab bagus untuk tumit merekah ke. Wah bertambah halus mulus la tumit ibu nanti hehehe.

Tips Tambahan

Sabar!!!! Hahaha ini memang perlu la, sebab anak jadi over clingy macam koala bear pun ada. Merengek tak payah cerita lah kan hehehe. Enjoy parenting ye hehehe

Nak borak-borak lagi pasal penjagaan anak masa chicken pox or cara tangani selsema batuk melalui kaedah steaming?

Meh whatsapp I, kita borak-borak
Jiha 0123807024

chicken pox makan apa
belakang badan Auni Nadra
hehehe Aqeef Danial masa kene chicken pox, dia pun sibuk berkokok

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20