Skip to main content

Seronok tak jadi Blogger??


Best ke Blog ni? Best la kan sebab dahla FREE je dan kita boleh express apa yang kita nak (tapi sila lah berhemah ye nak express ape-ape pun hehehe)

Blogger since 2008

Jiha mula blogging masa 2008, dulu-dulu cuma baca blog orang je. Bila dah ada blog sendiri, naik syok pulak hehehe. Start blogging selepas bertunang dan mula aktif bila sibuk dengan preparation kawen.

Tips dari Bride 2 Be

Syok blogging ni sebab kebetulan ramai sangat di fasa preparation perkahwinan. So tanya-tanya ideas, tempat murah, mana nak cari itu ini, semuanya dari Blogger friends. Kiranya preparation A to Z ni memang boleh dapat idea dari blogging lah hehehe. 

Hikhik ni kalau nak tengok my wedding checklist ya : MY WEDDING CHECKLIST

Pregnancy

Dah kahwin, rezeki mengandung pula, Alhamdulillah. Memang ramai Blogger friends membuyung sama-sama pun. Maklum lah kawen pun lebih kurang sama kan. Seronok sharing pengalaman mengandung masing-masing. Preparation barang baby lah, hehehe best sangat rasa.

Oh ini pulak persiapan Labour bag yang nak dibawa ke Hospital : WHAT TO BRING?

Motherhood

Dah bersalin, asek dok cerita pasal anak aje lah kan hehehe. Sampai kan bila gathering, lagi kenal anak-anak nya dari mak nya. Hahahaha. Bayangkan dah ikuti perkembangan baby Blogger sejak dari dalam perut lagi hehehe.

Ni antara cerita yang selalu share lah hehehe...selain travel, food dan lain-lain hehe

blogger cute
ihsan google

BLOG Bersawang

Sedih...hahaha masa start keja Penang balik, dah kurang dah blogging, menulis pasal second pregnancy pun dah kurang. Kasihan Auni Nadra. Nak coping dengan tempat baru agak makan masa juga. Workload nya lagi, so kurang sempat nak blogging. Ada juga balik kerja buat juga blog post dan blog walking. Tapi sangat kurang berbanding dulu.

Kembali Aktif

Wah kini kembali aktif, iyelah dah jadi WAHM, seronok lah saya blogwalking ke sana ke sini hahaha. Banyak lah blog yang suka share resipi ku lawati. Tengok sambil terliur aje lah. Nak buat tu belum cukup rajin lagi hahaha.

Buat DUIT dengan Blog??

Serius? Hahaha dulu-dulu ku tahu Nuffnang je yang bagi ku duit bila ber 'blogging'. Rupanya tak sangka lebih lagi. Tak sangka kuasa Blog Marketing ni hebat ye. Jiha buat Shaklee kan. So banyak sharing pengalaman kat Blog. Sharing testimoni customer kat Blog. Alhamdulillah dapat ramai customer dari Blog. MasyaAllah. Makin seronok pula ber'blogging' sampaikan boleh jadi sumber pendapatan. 

Seronok sharing Ilmu bermanfaat

Syukur kalau apa yang kita share tu dapat beri manfaat pada pembaca Jiha. Alhamdulillah, ramai yang whatsapp bertanya pasal kaedah steaming untuk batuk selsema bayi. Well, of course kalau ada kesempatan, jumpalah Dr Nadir tu sendiri. He will change your perspective on ubat biasa yang digunakan untuk batuk selsema. 

Hope to write more beneficial entry for you guys :)

Nak belajar Blog Marketing FREE?

Ini cukup beruntung. Jiha memang cukup beruntung sebab berada di bawah susur galur yang best. Yang ajar nak mantapkan blog, tips SEO secara FREE. Dah few class Jiha pergi, tapi setiap kali ada je ilmu baru yang dapat. FREE tau...FREE. Mana nak dapat kan? Kat luar tu kalau nak belajar setup blog basic pun kena bayar. Dan Alhamdulillah, Jiha sendiri pun boleh dah nak ajar anak cucu Shaklee juga ilmu blogging ni. 

Ok la...makcik Blogger ni nak out jap...nak masak untuk Yus balik lunch nanti dan anak-anak tersayang. Masak Mee Sup aje muahahaha. Petang ni baru nak restock barang dapur. 

ok kalau ada sesiapa nak belajar Blog secara FREE, meh join Shaklee bawah Jiha, best buat Shaklee ni, apply teknik KCK, InsyaAllah berjaya...nak tahu apa teknik KCK tu

whatsapp/sms

JIHA 0123807024





Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20