Skip to main content

Utara ke Selatan berjumpa orang tersayang

Weekend on the road hehehe

Sekejap2 Jiha di sana, kejap di sini hehehe... tu lah komen my friend bile tgk status Fb Jiha ...kejap kat Penang, KL, Melaka, Johor hehehhee

Sebenarnya tak plan langsung ni. Hati ada lah juga terdetik rasa nak sangat jumpa parents. Tetiba je hubby cakap 'Kita balik kampung nak weekend ni?'

Oh yes...suka saya...kebetulan pulak ada customer yang request utk COD di kampung hubby. Rezeki namanya hehehe.

So kami balik senyap2 tanpa inform parents masing2. Cuma adik beradik je tahu.

Hari Jumaat bergerak dari Penang pada pukul 830pm dan sampai di Felda Penggeli Timur pukul 930am Sabtu. Perjalanan Utara Selatan betul kan hehehe. Ada singgah di Tapah, Senawang, Ayer Keroh untuk tidur. Hehehe tak pernah2 on the road segini lama. Kalau nak balik Johor, biasanya akan transit kat rumah KL dulu.

Ok sampai je rumah nenek...terkejut nek cah tengok Aqeef meluru masuk. Siap kata 'Macammana ko boleh ada kat sini ni?'

Hehehe suprised.... seronok mak....petang tu hubby belikan kek sempena Hari Ibu. Sayang mak ♥♥

Tapi memang tak dapat lama lah...kami tidur semalam je di Penggeli Timur. The next day adalah masa untuk suprise kan my parents pulak. Hehehehe

Dari Kulai nak ke Segamat dalam 2 jam setengah jugak. Bertolak pukul 330pm. Hehehe tak sabar nak sampai.

Sebelum sampai, singgah beli kek juga. Oh whatsapp2 dengan mama, dieranh kat rumah bik jal. Hehehe even better...ada kek kan...boleh kongsi makan sama2.

Hehehe sampai je depan rumah bik jal, terus nampak abah depan pintu hehehehe.... terkejut abah, mama pun ape lagi mesti la terkejut. Suprised!!!! Bergenang air mata Jiha masa tu. Rindu mereka. (Oh even tgh type post ni pun rasa mata macam bergenang)

Hopefully nenek atuk seronok la kami balik ni. Aqeef lah lagi seronok. Kat Penang asek sebut je 'Kita gi rumah atuk nak, nak nak?'

Auni pun dah makin banyak mulut...seronok la nenek atuk tengok dia hehehhee.

Again, dapat tidur semalam juga di Segamat. Isnin kena balik KL dah sebab kami ada urusan nak setelkan.

Ni Jiha pun ada kat Shah Alam...banyak benda nak buat sepanjang di sini ni. Ahad ni nak balik Penang dah.

Oh tapi abang long Aqeef Danial tinggal kampung buat teman atuk nenek. Semoga atuk dan nenek gembira lah melayan Aqeef Danial hehehe.

Nah layan gambar ye...ni parents Jiha.... gambar belah mertua tak dpt upload sebab mak mertua tak pakai tudung masa tu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20