5 TIPS UNTUK DAPATKAN KULIT YANG HALUS-MULUS

June 13, 2014

Assalammualaikum,

Tahu tak yang kulit ialah organ manusia yang paling besar sekali. Dan kita perlu jaga kesihatan kulit sama penting seperti penjagaan organ dalaman. Kebersihan kulit penting supaya kita tidak mudah dijangkiti kuman. Masih ramai di antara kita yang ambil mudah tentang kesihatan dan kecantikan kulit ni kan.

Jadi. hari ini Jiha nak sharekan 5 tips yang Jiha amalkan untuk dapat kulit yang halus, anjal dan berseri-seri. Dan yang penting untuk dapatkan kulit yang sihat. 

set kulit shaklee
Tips untuk kulit halus


5 TIPS KULIT HALUS DAN ANJAL


1) Air secukupnya


Air. Ye air yang cukup akan memastikan badan kita sentiasa hidrat. Dan ini boleh mengelakkan kulit menjadi kering. Setiap 25kg berat badan kita, kita perlu minum sebanyak 1liter air. Jadi pastikan anda mendapat air yang secukupnya sehari ok. Macam Jiha, Jiha akan sediakan 3 botol air. Setiap botol ada 1 liter air. So ada target lah nak kena habiskan air tu kan. 

2) Tidur awal


Tahu tak yang tidur lewat boleh menyebabkan kulit jadi tak cantik. Kenapa? Sebab proses detoks akan berlaku sekitar pukul 10pm ke 12pm dalam keadaan badan kita berehat ataupun tidur. Semasa proses detoks ini berlaku ianya akan menyingkirkan toksin. Dan hasil yang kita dapat ialah kulit yang cantik. Selain tu, kalau tidur lewat, boleh menyebabkan badan jadi berangin dan tak selesa. Jadi tidur lah awal so boleh bangun awal.


3) Rajin sapu losyen




Sebelum tidur, biasakan sapu dengan losyen. Terutama pada tumit kaki sebab penat seharian berjalan dan berdiri kan, so kalau tak jaga, kemungkinan akan menghadapi masalah tumit kaki pecah. Jiha sapu dengan Herbal Blend dan Alhamdulillah masalah tumit kaki pecah tu dah berkurang. Pastikan kalau nak pilih losyen, pastikan yang ia bebas bahan kimia merbahaya ok. Sapu losyen tu dah bagus, tapi pilihan produk pun kena tepat. Baru lah kulit dijaga dengan sebetulnya.

4) Makan sayur dan buah-buahan.



Sesiapa yang tak suka makan sayur dan buah tu, fikir banyak kali. Ubah la cara pemakanan anda sekiranya anda nak kulit yang halus, yang cantik, yang sihat dan yang berseri-seri. Antara sayur yang kaya vitamin C ialah labu. Ni favourite ni kalau buat sup labu. Untuk anak-anak buat puree labu. Sangat sedap. Vitamin C ni membantu pembentukan kolagen yang memastikan kulit kita sentiasa anjal. Selain tu sumber vitamin C yang lain ialah buah oren, kiwi, jambu batu, sayur brokoli, betik dan banyak lagi. Nak pilih buah pun pilih yang Non-GMO ye hehehehe. 

5) Suplemen untuk kulit 

Add caption


Nak tahu tak protein memperbaiki tisu kulit kita. Jadi Jiha pilih ESP yang kaya dengan protein. Dan yang penting ianya Non-GMO untuk memastikan kulit Jiha sentiasa halus dan anjal. Selain tu untuk kulit juga, Jiha memang invest pada Set Kulit full yang terdiri daripada Vivix, Collagen, Vita C, Vita E Complex dan tentunya ESP

Kenapa Jiha ambil suplemen? Sebab tahu yang memang tak makan sayur dengan BANYAK  untuk dapatkan nutriet yang cukup. Kadang-kadang stok sayur dalam peti ais pun habis tak perasan. So Jiha pilih makanan tambahan. Dan Alhamdulillah, tahap kesihatan semakin baik dan tentunya kulit pun bertambah sihat dan cantik. (Ini kata suami dan orang keliling ya...bukan saya syok sendiri)


Ok ini dulu 5 tips yang dapat Jiha share dengan semua. Cuba amalkan, dan pasti korang akan dapat hasil yang diinginkan.

Nantikan lebih banyak tips dari Jiha ok...kalau nak dapatkan suplemen untuk kulit, boleh hubungi Jiha ye. <3

JIHA 0123807024


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies