TRAGEDI MH17 YANG MENYAYAT HATI

July 19, 2014

Ya Allah..

Kita digemparkan lagi dengan berita yang mengejutkan ini. Dalam pada kita bersedih mengenangkan Palestinian di Gaza, datang pula tamparan hebat untuk negara kita pula.

Huhu hebat dugaan buat kita semua. Ya Allah, apa nak jadi dengan manusia sekarang. Berbunuh-bunuhan. Tanpa belas.
Kenapa lah tak duduk diam-diam kat dalam Negara sendiri? Huhu ni semua sebab termakan hasutan syaitan yang gilakan kuasa dan harta kan. Huhu.

Al-Fatihah buat saudara Islam kita yang terkorban dalam MH17 dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa.

Untuk warga Malaysia yang prihatin, doakan lah mangsa. Elakkan menuding jari sana sini. Dan jaga lah kata-kata. Sayang kan Ramadhan kita jika kita tak jaga tutur kata.

Tak lupa juga kepada pejuang-pejuang yang Syahid di Gaza, Syria, Burma dan seluruh dunia ini.

Semoga para pejuang diberi kekuatan dan Allah turunkan pertolongan buat mereka untuk menentang pihak musuh. Dan semoga kita semua tak berhenti berdoa dan menyumbang untuk mereka.

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies