DIY BEDSIDE COT, LEBIH JIMAT

August 10, 2014

JImat sangat kalau korang dah ada babycot sedia ada lah.

Tapi kan...rasanya still way cheaper juga lah. Macam Jiha punya baby cot ni brand sweet cherry, dalam RM300 and boleh guna sampai anak besar pun.

Ok inilah dia cara Jiha DIY Bedside Cot.

Sebelum tu kenapa Jiha buat camni? Sebab tak larat nak bersempit2 4 beranak atas katil. Si abang Aqeef pulak lately ni taknak tidur bilik sendiri. So sangat sempit tidur berempat. Kalau bertiga ok lagi. Ni dah ada bedside cot ni, sometimes Auni tidur dalam tu, sometimes abang Aqeef yang tidur dalam tu hehehehe.

Ok ni caranya...Jiha just buka dan tanggalkan side pagar yang boleh turun naik tu kan and terus dekatkan pada katil. Nak selamat, sendalkan dengan side table tu. Tapi make sure side table tu penuh isi dan berat lah ye. (Refer gambar eh)

Nak lagi selamat, ikat lah rangka katil dan rangka babycot bersama2. Guna dawai boleh. Jiha guna reben pun boleh. Kukuh juga and senang nanti bila nak tukar cadar.

Nak lagi lagi selamat? Letak cot tu belah dinding. Confirm tak gerak punya. Tapi sebab bilik Jiha kecil aje...so tak la buat gitu. Keadaan yang sekarang dah cukup selamat hehehe.

Ok layan gambar aje eh

LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. Menarik jgk idea tu.mahal la baby coat mcmtu kan tp cantik

    ReplyDelete

Thanks Lovelies