Skip to main content

JOM HEBAT UTARA 2014 DI SEAMEO HALL, RECSAM DI GELUGOR, PULAU PINANG

Alhamdulillah, semalam dapat join Jom Hebat Utara 2014 (JHU2014), program under Master Lyna Noh & Master Zainul Anuar.

Masa tahu je ada JHU2014 ni, tanya Yus boleh tak nak join dan zazazasss terus ku segera register hehehe. 

Kenapa saya suka pergi event Shaklee?

Perlu ke pergi event Shaklee ni? Ok...ni memang tiada paksaan tau. Atas kerelaan hati sendiri. Tapi Jiha memang suka je nak pergi sebab;
  1. Dapat jumpa SID lain especially all the Masters sebab aura mereka. Bukan ke kalau kita nak jadi orang yang positif, kita kena selalu berjumpa dengan orang yang positif? 
  2. Meningkatkan motivasi diri. Kalau dulu masa kerja ada Teambuilding lah, Annual dinner la, Family day la...apa kita rasa? seronok kan? rasa dihargai sebagai pekerja kan? Oppss...Dalam Shaklee ni kita bukan lah pekerja. In fact masing2 adalah bos kepada bisnes masing-masing hehe. Jadi untuk sama-sama meningkatkan motivasi diri, so kita jumpa-jumpa lah.
  3. Dengar sharing dari speaker. Kebanyakkan nya telah lalui apa yang kita sedang lalui sekarang, ada masalah dan halangan ke. Tapi kita nak tahu bagaimana mereka harungi nya. Macam mana mereka tangani nya. Itu yang kita nak tahu sebab kita juga sayangkan bisnes kita. Takkan lah baru ada masalah sikit, kita dah nak stop buat Shaklee kan. Rugi-rugi.
  4. Jumpa lebih ramai kawan. Bina Ukhwah. Nak tahu tak sebenarnya Jiha ni kategori 'takde hidung'. Family selalu sebut ni tau dulu. Ada kawan, tapi tak ramai lah. Yang itu itu aje lah. Malu nak mula berkawan baru. Tapi bila join Shaklee ni, kemesraan dalam family Shaklee ni memang awesome tau. Tu yang best sangat tu. 
Ok..kang nak share kenapa suka pergi event, mau 2 3 page aje kang...so meh cerita pasal Jom Hebat Utara 2014 semalam.

Speaker yang AWESOME

Terima Kasih kepada speaker sebab sudi share pengalaman masing-masing. Rasa teruja. And I hope one day I pulak yang buat sharing kat event besar macam ni hehehe. (Kena bagi ada hidung sikit dulu)

Share pengalaman dan share tips kejayaan semua. Sangat best dan tak lokek ilmu. Salute. Ada yang duduk jauh dari mama Shaklee nya pun tapi boleh berjaya. Pokok Pangkalnya, KALAU NAK, BOLEH JADI.

AJK pun memang best, makan sedap. Goodie bag pun best.

pengedar shaklee penang
Jom Hebat Utara 2014

Set NutriVAGANZA MENANG WRISTLET COACH FRESH FROM USA

Hah ni yang paling best ni. Nama nya rezeki hehehe. Ada slot group work. So team kami dapat tajuk Nutriferon untuk present. Hehehe bestnya sebab team kami ni sporting sangat. Lain dari yang lain, kami buat sketsa. I jadi bakal jemaah haji yang nak jaga kesihatan kat sana nanti (amin doakan semoga disegerakan), ada yang berlakon demam, resdung dan macam-macam lagi. So tukang promoter mesti la mama Shaklee i yang vogue tu iaitu Ainul hehehe. 

wristlet coach
Kami dapat COACH

Dapat best group presentation dan dapat hadiah best. Sorang satu wristlet Coach fresh dari USA. Hadiah dari Master Lyna. Thanks semoga diperluaskan lagi rezeki. One day, Jiha pulak nak bagi kat anak cucu cicit piut miut. 

Oh ya, masa Master Lyna bagi hadiah ni, die cakap kat Jiha 'Naik Master cepat-cepat ye'. Ya Allah, thanks...doa tu...InsyaAllah. Jiha akan berusaha. Because this is what i want. 

Oh selain tu dapat juga t-shirt souvenir sebab jawab soalan pop kuiz. Hehe rezeki rezeki.

pengedar shaklee penang
Cantik kan....incik suami suka lettew hehehe

nak jadi ahli shaklee
Emerald Green saya punya....oh cantiknya

Harapan dan Impian akan sedaya upaya direalisasikan

Berimpian nak jadi Master Coordinator cycle ini juga. Banyak yang perlu diubah. Tak boleh nak selesa. Kena keluar dari lingkungan. InsyaAllah September dan Oktober ini akan bermusafir. Bermusafir demi membantu anak-anak Shaklee ku. No more zone selesa for me. Extra extra effort untuk 6 bulan sebelum cycle berakhir. Banyak yang perlu dicapai. Banyak sangat banyak. 

GEGEMASU mode is ON.

Doakan ya

Be PART of my TEAM

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Shaklee, nak menjadi a part of my team yang awesome ni, bertindak sekarang. Sesungguhnya tidak rugi yuran RM75 yang anda laburkan itu untuk menjadi ahli. Jiha dah rasainya dan mahukan lebih ramai merasainya juga.

Bertindak sekarang ok...

sms/whatsapp
JIHA 0123807024

Email
sitinajihah83@gmail.com

Cara nak Jadi Ahli --> http://bit.ly/1gCr8QJ



Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20