Cabaran 30 hari blogging day 11 : 5 LAGU CINTA KEGEMARAN

September 26, 2014

Assalammualaikum,


Cabaran blogging hari ini ialah '5 lagu cinta Kegemaran'


Krik Krik Krik Krik..... (bunyi cengkerik)

Hahaha alamak dah tua-tua ni, mana lah ada lagu cinta kegemaran. Dengar lagu pun dah jarang sangat dah ni. 

Ok lah...ada few lah yang suka juga, yang lain tu masa zaman muda remaja, aci tak?

hahaha pilih gambar ini sebab tengah menaip entry sambil dukung Auni. So dia yang pilih. Dia suka gambar cat.


5 Lagu Cinta Kegemaran

1. Rapuh by Opick


'Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu'


Lirik penuh kat entry yang ini --> LIRIK PENUH

Lagu ni memang meruntun hati. Sebab selalu alpa.


2. Gemuruh Jiwa by Faizal Tahir

Ok lah ini kira lagu cinta masa kini la jugak. Lagu yang melambangkan Jiha cinta kat Shaklee. Akan terus berjuang dan bersemangat tak kira apa jua halangan yang mendatang. I am STRONG.

Layan Montage masa Hi-Tea group JUTAWAN kat sini --> Lagu Cinta Kami 

Semangat dan cinta terus bedesup ke jiwa.


3. Lagu tema Supermom

Ahhh ini juga yang dinyanyikan, humming lately ni. Ni lagu favourite sebab Jiha cintakan suami dan anak-anak. Demi anak-anak ku, 'TIADA ALASAN UNTUK BERJAYA' (Klik Sini ok)

Mereka Push Factor Jiha, takkan ku mengalah. I CAN DO IT!!

4. Segala Untukmu by Yours Truly

Hahahaha ceh macam la komposer kau. Actually ni lagu Siti Nurhaliza tapi macam tak pernah release ke kot. Sebab tak pernah dengar kat radio pun. Tajuk lagu pun tak pasti apa. Ku hentam aje 'Segala Untukmu'

Lirik nye Jiha tukar sikit. Buat masa lepas lahirkan Aqeef Danial. Jadi salah satu lagu untuk dodoi. (tapi lagu nye takleh share la...suara ku aurat hehehe)

'Kau Tersenyum....ku terpaku
Cahaya di wajahmu hanyalah untukku...
Sinaran matamu, menusuk di kalbu
Tak mungkin ku melupakan
Sebegini pengalaman
Lalu hati pun berkata
Segala Untukmu

Aqeef Danial
Permata Hatiku
Ibu kan sayangi mu di setiap waktu
Tidurlah anak...ku
Tidurlah sayang
Dibuai dalam lagu berkumandang
Diulit dalam mimpi......Kau Ku Sayang'


5. Anak Ibu

Lagi satu lagu manja-manja dengan anak hehehe.

'Anak ibu ni, sayang ibu ni
Manja ibu ni, busuk ibu ni.....'

Hahahahaha, anak-anak suka. Ni lagu cinta kami ni hehehe

So what is your FAVOURITE SONG?

LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. Hahahha gile best cabaran nih, jap nak ingat balik

    ReplyDelete
  2. saya xdak lagu cinta..hehe..susah gk cabaran ni..

    ReplyDelete

Thanks Lovelies