Skip to main content

Cabaran 30 hari blogging day 8 : FASHIONISTA KAH SAYA?

Assalammualaikum,

Hehehehe untuk Cabaran blog day 8 ni tajuk nya ialah 'Fashion Saya'

Alahai malu nya. Sebab Jiha ni bukan la orang yang berfashion sangat pun agagagagaga. Tapi disebabkan cabaran ini, so kita hentam aja lah labu.

Kita mula dari atas hingga ke bawah ok.

memang simple aje ye

1. Shawl

Sekarang ni memang lebih prefer pakai shawl. Sebab rasa muda. Cuba refer entry Jiha ni pasal Muda dengan tudung hahaha. Dan pilihan Jiha ialah wide shawl. Selalunya kalau plain shawl, Jiha memang suka kan koleksi Iqa Wide Shawl by Amiera Hijab. Chiffon dan jatuh cantik aje.

Dan for me, Shawl lebih murah kan. Labuh dan murah. Hehehe itu pilihan ku. Walaupun Chiffon agak jarang, tapi kita boleh pakai Inner Syria sebab serkup kepala, so terjaga la aurat kita.

2. Blouse

InsyaAllah mencuba istiqomah dengan blouse yang berlengan panjang, tidak jarang. Tak kisah apa brand pun asalkan selesa di pakai. Tapi memang pilihan Jiha yang nursing friendly lah. Senang nak menyusu Auni Nadra anytime anywhere.

Selain Blouse, Jiha pun prefer pakai Maxi Dress dan nursing friendly juga. Sekarang ni beli kain je terus hantar tailor untuk buat dress. Lebih jimat kalau tempah sendiri berbanding beli dah siap. Jiha dah ada beberapa pasang dah nursing dress yang tempah sendiri.

3. Maxi Skirts or Palazo

No more jeans dah sekarang. Ini namanya Fashion mak mak ye hehehe. Dah banyak juga collection maxi skirts Jiha. Macam-macam colour dah hehehe. Yus pun suka tengok Jiha pakai skirt.

Masa kat Jakarta hari tu, ku borong Pleated Skirt juga hehehe. Suka suka suka.


4. Loafer

Kalau selalunya orang kata orang perempuan ni banyak kasut. Jiha memang tak. Jiha ada sepasang Loafer Hush Puppies yang sangat selesa dan itulah yang ku lenjan selalu. Hari tu masa Yus pergi Jakarta, dia belikan juga sepasang boots brand Kawai. Pun sangat comfy.

Jangan lupa pakai stokin juga ok. 

5. Handbag

Pun even ada banyak juga tapi biasanya akan pakai satu tu je agak lama. Kalau ada terasa nak tukar baru la tukar.

6. Sun Glasses

Ini pun fashion juga kan. Tapi Jiha pakai sunglasses sebab mata Jiha ni sensitif dengan cuaca panas. Tapi sun glasses ni ada kekuatan nya tau. Even korang tak makeup pun. Still nampak fashionable and elok je kalau pakai sunglasses.


Heheheh Fashion korang macammana pulak??


Comments

  1. akak pun selesa berpakaian macam jiha ni.. senang, ringkas dan menutup aurat tu yg penting kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul...semoga sentiasa istiqomah kan kita ni

      Delete
  2. Penulisan entry yang menarik dan blog yang kemas.if you dont mind, our green warriors really need your support. Do click the link below and support us and share the link

    http://ridoma.blogspot.com/2014/09/todays-youth-is-tomorrows-future.html

    ReplyDelete
  3. Neni biasanya anta upah jahit untuk maxi dress brape eh? Dila slalu beli siap jer..sbb rase klo beli kain n hantar tempah cam lagi mahal jer... n kdg2 tailor jahit tak sedap. Banyak songeh plak kan? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dila...kalau tailor neni ni....upah rm55 untuk nursing dress, neni bagi contoh baju.....

      Delete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…