Assalammualaikum,
Normal untuk ibu masa kini memandu ke sana sini kan. Macam Jiha sendiri, kalau customer request nak barang cepat, Jiha memang akan ke Shaklee pada hari itu juga. Jadinya, dah tentu lah kena bawa anak-anak sekali kan.
Jom Jiha share beberapa Tips Ibu memandu bersama anak kecil. Semoga bermanfaat untuk semua.
Tips paling PENTING!!
WAJIB bubuh anak dalam CAR SEAT!!
Ini yang paling penting sekali ye. Bak kata orang putih 'Safety First'
Anak tak mahu duduk dalam Car Seat?
1. Kena ingat ye...Kita ibu mereka, kita yang sepatutnya control mereka.
(Anak saya yang no 2 memang anti car seat juga ya, walaupun sejak dari kecil dah diajar, tapi pilihan dia ibu yang tentukan, ibu knows best)
2. Pastikan anak anda kenyang, cukup susu sebelum memulakan perjalanan ok. Kenyang perut suka hati, jadi kuranglah meragam nya kan.
3. Beri permainan atau buku kegemaran dia.
4. Kalau kereta and punya tv pada belakang kerusi (canggih woo), boleh pasang untuk anak tengok.
5. Ibu tidak perlu tension kalau dia masih menangis, teruskan perjalanan sebab anda tahu yang anak anda selamat di dalam car seat. Anggapblah tangisan si kecil tu sebagai halwa telinga sahaja.
6. Pasangkan CD alunan Al-Quran agar jiwa anak kecil tu lebih tenang. Agar jiwa ibu pun lebih tenang. Kalau stress semasa memandu bahaya ye.
Ok lah...ini antara tips yang dapat Jiha kongsikan dengan semua...
Ingat ye....paling penting ialah keselamatan anak-anak kita.
Anugerah yang tak terhingga, pinjaman dari Allah S.W.T untuk kita.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies