Skip to main content

Weekend saya!!!

Salam semua,

Macammana weekend korang semua? Sabtu dan Ahad Jiha sangat padat. Hehehehe

SABTU

I love Wedding

Seharian di Taman Andalas Klang sempena majlis pernikahan dan persandingan adik saudara Siti Fatimah Jamadi. Cantik pengantinnya. Baju cantik, makeup cantik, hantaran cantik, pelamin cantik. Ala tapi gambar tak banyak pula dalam phone.

Dan yang bestnya, anak-anak ku tak meragam ye eheheh. Best sangat rasa hehehe. Aqeef Danial ntah kenapa jadi gila nak posing tangkap gambar dengan pengantin. Rasanya dalam most of the pictures nanti mesti ada gambar dia tau. Dengan keluarga pengantin lelaki pun dia ada sekali hehehe. Siap kena kejar dengan abang photographer tu. Bila tak dapat bergambar, Aqeef Danial kat belakang abang Photographer suruh orang yang sedang bergambar tu posing gitu gini. Hahaha model sangat anak i tau.

cantik adik sedara i ni

sekali lafaz sahaja, Alhamdulillah.

Baby Hana Amanda

Fuh walaupun anak tak meragam, penat juga. Ye la dari pukul 9am sampai 7pm kat situ. Balik rumah kakngah di Shah Alam. Mandi manda lepas tu nak ke rumah my girlfriend Aisyah pula. Nak tengok Baby Hana Amanda. Tapi mama Jiha tak boleh nak dukung and cium sangat sebab mama Jiha selsema. Dapat tengok-tengok dari kejauhan aje la. Hana Amanda comel, pipi gembol. Geram. Ni yang terasa nak no 3 ni. Eh? Hahaha

Sampai rumah Keramat pukul 1am. Fuhhh penat...zzzzzzzzzzzz

AHAD

Shopping IKEA uollss

Wah semangat uollsss...pukul 10am dah di IKEA. Memang nak pergi awal sebab Jiha ni agak blur tau kalau di IKEA ni. Kalau ramai orang nanti lagi la daku blurr. Niat ke IKEA tu dengan satu target utama dan a few other things. Yang lain-lain tu dapat lah ambil, Menuju pula ke rak yang sepatutnya....Oh tidak, KOSONG!!! Dah HABIS!!!

Sedih huhuhu. Yus pergi tanya and katanya hujung bulan baru restock. Aduhai Aduhai. Hopefully lah hujung bulan ni ada balik. Sebab memang nak turun KL lagi.

Personal Coaching dengan Anak Shaklee

Selesai shopping di IKEA tu, terus jumpa anak Shaklee untuk Personal Coaching. Coaching sambil makan-makan aje. Kat Nando's IKANO...sebelah tu aje. Seronok coaching santai begini. Yang penting matlamat sampai. Seronok dengar target dia. Semoga dipermudahkan.

Semoga menjadi New Supervisor pada bulan September ini. AMIN

Bakal New Supervisor September 2014

COD di Bandar Sunway pulak

Dari IKEA, terus menuju ke Bandar Sunway untuk pas Set Kulit Cantik, Set Resdung, Set Anti-penuaan. Rezeki Alhamdulillah. Seronok buat Shaklee ni sebab produk nya yang berkesan. Kita nak jual pun yakin.

Pulang ke PENANG

Wah sampai rumah Keramat dah pukul 530pm. Yus tidur dulu untuk rehat. Jiha siap-siapkan bag semua. Pukul 8 kami bergerak dari Keramat menuju ke Penang.

Berhenti tidur 2 kali. Satu di R&R Tapah dan satu di Juru. Juru dah dekat sangat dah dengan bridge kan tapi dah mengantuk sangat memang kena tidur dulu. 

Akhirnya pukul 2am sampai rumah. Lega dapat luruskan pinggang.

Walaupun penat, tapi sangat bermakna weekend kami sekarang. Kalau dulu-dulu, weekend hanya bermalasan di rumah. Kalau rajin sikit, gi jalan-jalan di mall. Now memang sedang keluarkan diri dari zon selesa. Nak reach more people (anak cucu Shaklee) untuk bantu mereka. Help Others Help Others.

Apa cerita weekend korang?

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20