Assalammualaikum semua...
Hari ni closing Shaklee. Semua SID pasti busy betul hari ni.
Bagi yang tak tahu apa itu Closing Shaklee ni, meh Jiha nak share sikit. Mungkin yang bukan SID, pelik tengok status FB para SID asek sebut 'Closing'. Ataupun mungkin anda newbie dalam Shaklee, mesti blur juga kan.
Apa Closing Day tu?
Closing Day ni biasanya hari terakhir untuk bulan tu lah. Macam hari ni 31 Oktober 2014 kan, so hari ini lah Closing day untuk bulan Oktober.
Dari awal bulan iaitu 1hb, kami para SID akan set target berapa banyak SALES nak buat, berapa uv (point dari jualan produk) nak dapat, dan berapa CASH BONUS yang kami nak untuk bulan tu.
Dan hari terakhir untuk capai semua tu mestilah pada CLOSING day ni. Sebab 1hb November bermaksud sudah masuk ke bulan baru.
Apa peranan Leader?
Jiha sebagai leader, bukan sahaja kena jaga sales sendiri, tapi kena pastikan anak cucu Shaklee pun capai target mereka. Ada yang dari awal bulan kata nak dapat duit tambahan RM1000 sebulan, RM5000 sebulan, nak naik rank.
So Jiha kena lah follow up dan membebel selalu pada mereka. Motivate mereka. Kena sentiasa ingatkan mereka yang mereka HEBAT, berkat usaha dan doa yang istiqomah, InsyaAllah kejayaan pasti milik mereka.
Meja SOHO pun jadi tak tentu hala hehehe
Hahaha ni Jiha listkan 10 benda atas meja SOHO Jiha pada hari CLosing. Eh mana No 1 dan No 2. Nanti Jiha share ye.
1. --
2. --
3. Parcel customers yang nak di pos. Closing day ni memang order menderu masuk. Alhamdulillah.
4. Slip Pos Laju. Hah ni wajib la ada. Nak kena tulis address customers kan. Encik suami kalau amek slip ni kat pos Laju sekali banyak-banyak. I suka hehehe.
5. Laptop. Untuk klik klik Shaklee2u, untuk iklan, untuk motivate anak cucu Iron Millionaires ku.
6. Buku nota. Review Target, amek order customers dan macam-macam lah ada di situ.
7. Price List. Most of the products Jiha dah hafal dah harganya. Tapi ada juga a few yang tak ingat...so wajib ada ni selalu.
8. Ahahahaha calculator comel pink ku. Sebenarnya kehilangan kalkulator besar (since form 4 pakai kot huhuhu)...so beli la calculator pink comel ni di Mr Diy
9. Pen. Hah ni paling penting juga. Pen yang best boleh buatkan mood kita pun best. Sebab tulisan jadi cantik je. Don't you think?
10. tabung Comel dengan wording MILLIONAIRES. InsyaAllah soon.
Jadi apakah No. 1 & No. 2 yang perlu ada di hari CLOSING ni?
1. Keyakinan. Ya keyakinan sangat penting. Buat tapi tak yakin boleh capai? Apakah itu? Macammana kalau kita nak dapatkan sesuatu kalau kita sendiri tak yakin? So tetapkan KEYAKINAN. Kalau kurang yakin? Berdoalah...minta diberi keyakinan. Dan paling penting, YAKIN dengan keupayaan diri, kehebatan diri. MasyaAllah.
2. Kecekalan. Ya Kecekalan sangat perlu untuk mengharungi hari terakhir, CLOSING DAY ni. Pantang menyerah sebelum berjuang. After All, kita masih ada peluang sehingga 1159pm malam ini. Tingkatkan usaha, amalan rohani kita. InsyaAllah MAGIK pasti datang.
OK SELAMAT Berjuang kepada semua SID.
16days PhotoChallenge Last Day : Yourself with 10 things....(tangan saje di gambar hehehe) |
kreatif la jiha :)
ReplyDeleteTq jiha. Sokmo tertanye2 mende la bz ngat dengan closing2 ni. Ingatkan, kene isi onlineapa2 kn..kalau x isi, xdpt bonus. Itu yg sy ingat pd awalnya. Tp lps bace, i gotta picture. Anyway, all d excellent, dear!
ReplyDeletetq dear :)
Delete