BILA ANAK SELSEMA BERLARUTAN.....

October 29, 2014

Assalammualaikum semua...

Bila anak selsema berlarutan, ibu bapa patut risau.
Hati-hati jangan sampai hingus jadi kuning, yang lebih teruk lagi bila bertukar hijau. Ini bermakna dah ada jangkitan kuman. Demam boleh tinggi dan lambat kebah.

Jiha memang dah lama tak beri ubat pada anak. Aqeef Danial kali terakhir makan ubat selsema dan batuk masa umurnya 1 tahun. Sekarang dah 4 tahun. Alhamdulillah. Auni Nadra pula memang langsung tak pernah makan ubat selsema dan batuk.

Kaedah yang Natural

Hanya kaedah steaming, tepuk fisio, sedut hingus, dan adakala letakkan kunyit hidup pada hidung dia. Selain tu pemakanan mereka pun Jiha jaga. Kalau waktu selsema memang Jiha elakkan beri buah-buahan sebab ini boleh menggalakkan kahak. 

Tapi mereka sangat memerlukan nutrien yang cukup untuk cepat sembuh. Jadi Jiha memang beri makanan tambahan kat anak-anak. Dan yang penting, Jiha beri yang paling berkualiti, selamat dan Semulajadi.

Untuk Aqeef Danial, Jiha beri Mealshakes, Omega Guard dan Chewable Vita C. Untuk Auni Nadra pula, bermula umur 1 tahun baru Jiha mula beri Omega Guard dan Chewable Vita C. Mealshakes belum lagi sebab dia masih minum susu ibu sepenuhnya. 

Oh ya, Jiha sebagai ibu menyusu pun, memang makan juga Vitamin untuk menguatkan imun badan seperti Vita C, Omega Guard, Garlic dan Nutriferon.

Oh nak jamu korang satu VLOG ni....tengok lah gelagat anak-anak Jiha makan Chewable Vita C. Hehehehe kena sorok tau, kalau tak asek la mintak lagi hehehe.


http://www.youtube.com/watch?v=-PZnX8MVTgU


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies