Assalammualaikum,
Cabaran Blog hari ini ialah 'Obsession'
Hai la Obses, macammana nak cerita eh. Sebab Jiha ni bukan tahap Obses sangat dengan sesuatu. Kalau ada orang Obses dengan artis, Jiha memang tak la. Ok kalau setakat memuji artis tu pandai berlakon. Tapi nak ikuti perkembangan dia tu tidaklah. Bukan lah Najihah Razali nama nya tu heehehe.
Obses dengan barang, pun tidak jugak. Cukup setakat menghargai. Kalau pecah ke rosak ke, takla frust menonggeng. Ku terima dengan redha. Bukan rezeki namanya.
So macammana nak kaitkan diri sendiri dengan Obses ni?
Tapi Jiha ni jenis degil nak berjaya. Sebab maksud nama 'Najihah' tu sendiri ialah 'Kejayaan'. Syukur Alhamdulillah, dengan kejayaan yang telah diperolehi setakat ini. Tapi I want more. Hehehe
Degil camni ye, kalau Jiha dah yakin dengan perkara yang Jiha buat tu, Jiha nak jugak walaupun ramai orang berpendapat sebaliknya.
Ini dikira Obses tak eh? Obses nak berjaya. Hahahaha.
Ok lah...nak teruskan aktiviti Obses nak berjaya ni. Obses nak jadi Master Coordinator. Hehehe. Doakan ye darling semua.
All the best... if you have a vision and a dream, hold on to it and work towards it.... I wish you all the best!!!!
ReplyDelete