Cabaran 30 hari blogging day 19 : KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK

October 04, 2014

Assalammualaikum,


Cabaran Blog hari ini ialah 'Kenangan Zaman Kanak-kanak'


Saya tak suka makan SAYUR!!!!!!!!!!


Hahhaa ini adalah normal untuk kebanyakkan anak kecil kan. Oh tapi sayur bayam Jiha makan. Sangat suka especially kalau dibuat sup. Boleh hirup satu mangkuk.

Disebabkan tak suka makan sayur ni lah, ingat juga lah mama belikan juga multivitamin masa kecik-kecik dulu. Yang untuk budak-budak ok la sedap kan. Tapi bila dah masuk remaja, vitamin nya dah lain. Amboi macam nak tercekik kat anak tekak sebab besar-besar sangat. Tu la usaha dan ikhtiar seorang mama yang nak kan anak nya sihat tapi tu la dulu takleh telan pulak.

Oh lagi satu cerita yang memang tak boleh dilupakan, Jiha ni rabun. Start pakai spek masa darjah 3 tau, So abah tiap kali kita makan luar, mesti dia orderkan jus carrot. TIDAKKKKK, Jiha kan tak makan sayur masa tu. Tersiksa nya nak minum. Tapi being the naughty me, sedut jus tu, tapi bila abah toleh tempat lain ke, Jiha ptuiiii ke bawah meja. Hahahaha gross. Tapi nama pun budak-budak. Teruknya perangai daku dulu. (Sekarang dah baik sikit ekekekek)


Bila dah jadi Ibu baru tahu lalalalala

Nah sekarang rasain, Aqeef dulu masa Jiha keja Sirim, rajin buatkan bento untuk dia. So dia makan sayur. Bila Jiha dah kerja di Kobe, kesian dia, no more homemade bento untuk bekal ke taska. Sejak tu lah dah tak suka makan sayur. Jadi sekarang Jiha bagi Mealshake untuk melengkapkan Nutrient dia. Cop Cop, bukan pengganti sayur ye, cuma melengkapkan. Jiha masih berusaha beri sayur tapi dalam form lain macam Creamy Broccoli Soup, Pumpkin Soup. Sebab dia tak nampak rupa sayur dah. Banyak juga dia makan. Tapi masih lah belum cukup bekalan nutrient harian. So Jiha bagi lah Mealshake.

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies