Assalammualaikum,
Cabaran Blog hari ini ialah 'Subjek Kegemaran Saya'
Masa sekolah menengah
Add Math dan Lukisan Kejuruteraan. Add Math ada sub topic kan. Paling suka 'Sesaran' sebab topic ni, Jiha skor 100% soalan kuiz. Wahahahah topic ni je la pun, topic lain ke laut. Tapi masa tu 2 orang ke 3 orang je yang skor 100%. So kembang kempis lah hidung ku. Dah la subjek Cikgu Rahim lak tu. Garang ooooo Cikgu Rahim ni. Kalau marah kerja sekolah tak siap ke, buku buruk ke, shuuuuuu flying la buku ko hahaha. Nasib baik tak pernah kena.
Lukisan Kejuruteraan pulak, topic lain semua ok, senang juga la. Tapi bab LK Mekanikal. Rasa nak gigit kerusi. Ni paling susah rasa. Dah la marks banyak kat sini. Cess.
Masa Universiti
Fizik. Oh saya memang suka fizik. Sebab dia sangat logik. Sangat mudah difahami sebab real konsep yang u boleh nampak bila di aplikasikan. Hahahah faham ke. Tapi yang lagi best bila IR Mohamad yang ajar. Dia tunjuk betul-betul How the concept works hehehe.
Dan Subject paling Favourite.
Kehidupan harian. Yes, cara kita lalui kehidupan harian dan ambil iktibar dan pengajaran untuk buat yang lebih baik lagi di masa akan datang. This is the best subject ever. Especially bila kita ada buat kesalahan, tu lah yang kita akan ingat dan perbetulkan kan.
Sama juga dalam bisnes nak berjaya, kadang kita leka dan lalai, terlalu complacent. Jadi hanyut, tak cemerlang. So usaha la perbaiki nya. InsyaAllah berjaya.
Ok lah, nak mengajar subjek kehidupan ni kepada anak-anak. Dah nak bangun tidur dah tu hehehe. See ya
Hooo subjek orang teknikal , janji bukan bio
ReplyDeletelukisan kejuruteraan 1st time ambik ms 1st year kt UTM. jawab exam sambil nanges sbb mmg fail bab2 nk lukis pandangan atas, kiri bawah...huhuhuu
ReplyDelete