LAST DAY Cabaran 30 hari Blogging : KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG!!!!

October 15, 2014

Assalammualaikum,


Alhamdulillah, dah sampai hari terakhir Cabaran 30 hari blogging. Tajuk hari ini ialah 'Kenapa saya suka tulis Blog?'

Mula menulis

Jiha mula menulis Blog pada December 2008. Hehehe bila ingat balik rupanya yang encourage Jiha tulis blog ialah my gf Boo. Hikhikhik kelakar pulak rasa bila ingat balik. Tapi thanks to Boo sebab dia lah Jiha ada blog ni....Blog yang Jiha sayang sangat.


Kenapa Jiha suka tulis Blog?

Journal kehidupan

Best bila baca entry yang lama. Kelakar pun ada. Apa aje la yang ku merepek dulu ni hehehee. Tapi tu semua kenangan kan. Kenangan yang diabadikan di dalam http://jihapimpom.blogspot.com . Kenangan zaman tunang, zaman Bride2B, macam-macam zaman lah hehehehe. 


Sumber Maklumat

Sepertimana Jiha suka search info yang bermanfaat untuk Jiha, Jiha pun suka share apa info yang Jiha tahu dalam blog Jiha ni. Macam kalau ada travel ke mana-mana ke. Suka nak share tempat makan best, tempat jalan-jalan yang best. 

Tips kecantikan pun suka nak share hehehe. Alhamdulillah dah ramai customers Jiha yang dah merasakan perubahan lepas amalkan tips dan supplement yang Jiha cadangkan. Saya suka saya suka.

Tempat-tempat shopping yang murah dan best hehehe. Kaedah steaming anak yang selsema batuk.

Rasa gembira bila kongsi sesuatu yang boleh digunakan oleh orang lain.

Tambah Kawan

Alhamdulillah, dari blogging ni, dapat jumpa ramai kawan. Dari kawan alammaya now dah jadi kawan di luar alam maya. Indahkan menjadi blogger ni. Ukhuwah pun terbina.

Sumber Pendapatan

Sebagai Work At Home Mom, Blog ni lah tool Jiha untuk bisnes. Alhamdulillah 95% customer Jiha memang datangnya dari Blog ini lah. Alhamdulillah. Selain tu dah beberapa kali juga Cash Out Nuffnang. Hehehe Alhamdulillah. Menulis dan dapat duit. Siapa nak bagi kan.

Oh I love to Blog 

LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments

  1. blog ni dah macam asset maya. lagi banyak artikel & lagi lama, lagi berharga blog kita tu. tak rugi spend time kemas kini blog kan? bab pendapatan tu la yg paling best! hehe

    ReplyDelete
  2. Saya google saya tulis blog, saje nak test tajuk yang ada unsur seo, dan tak sangka post ni yang paling atas sekali keluar hehehehe

    ReplyDelete
  3. betul tu...best rupanya blog ne....macam-macam kita boleh cerita disini, banyak juga info berguna yang kita perolehi

    ReplyDelete

Thanks Lovelies