SEBUT SKY JUICE GLAMOUR SIKIT HEHEHEHE

October 20, 2014

Assalammualaikum semua,


Cabaran PhotoChallenge hari ini ialah 'The Sky'

Jadi untuk entry hari ini Jiha nak cerita pasal Sky Juice. Siapa tahu Sky Juice ni apa?
(Hint : Hari-hari korang mesti jumpa Sky Juice ni, memang keperluan untuk semua orang.)

.
.
.
.
.
.
.
.


Hah meh la nak share, Sky Juice ni ialah Air Kosong. Hahahaha. Jiha tahu sebutan Sky Juice ni masa darjah 4 kot. Masa tu punya lah rasa peliknya. Kenapa Sky juice pulak ye hehehehe. Mungkin lah sebab air hujan kan plain je dan turun dari langit sana. So mungkin lah kan hehehe.



Sebut Sky Juice ni glamour la sikit kot hahha.

Waiter : Cik nak minum apa?
Cik Diva : Give me one 'Air Kosong', Sky Juice please.
Waiter : Ok (apa lah Sky Juice ni?)

Glamour kan, sebenarnya bagus lah kalau order Sky Juice ni dari air yang lain-lain tu. Dah sah-sah air lain tu manis kan. Badan kita memerlukan air kosong ni untuk lebih sihat dan yang penting untuk dapatkan kulit yang lebih segar dan cantik.

Tapi korang kena pastikan, air minuman korang, Sky Juice tu bersih ok. Boleh gunakan Water Pitcher untuk pastikan Sky Juice korang tu bebas bakteria dan sentiasa bersih.

Ok nak pergi minum Sky Juice lah heheheh.

LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

Thanks Lovelies