Skip to main content

AFTER 3 WEEKS...HI AQEEF DANIAL



Alhamdulillah...

Selepas 3 minggu, jumpa balik dengan Aqeef Danial. Ni paling lama kot Aqeef stay dengan atuk nenek. Last time masa dia kena chicken pox dan ibu baru lagi pregnant 12minggu. Konon nak kuarantin dari ibu sekali ibu masa 14 weeks pun kena chicken pox hehehe.

Semalam kami sampai dari Penang pukul 930pm. Boleh pulak charger tertinggal, so sempat singgah Jusco jap untuk beli charger. Kemudian pergi terus ke KL Sentral nak ambil Aqeef Danial dan my parents.

Oh tapi kesiannya, mama bagitahu masa kat Labu, keretapi rosak, so semua kena turun dan tukar naik komuter pulak.

Kesian nya kena jalan merentas track...huuhu kesian abah mama.

Pukul 1215am baru dierang sampai KL Sentral. Aduh rindunya ibu tengok Aqeef Danial. Dia pun pegang je tangan ibu. Sambil jalan sambil sapu pipi dia kat lengan ibu. Rindu lah tu.


Sampai rumah....adik beradik tu Aqeef Danial dan Auni Nadra melepas rindu, loncat2 atas katil, pillow fight lepas tu gelak ketawa sampai pukul 2am.

Ibu Ayah dah flet sangat dah ni hehehe....Tapi memang tak marah la, cakap elok2 je...(ahahaha rindu lama tak jumpa, kesian pulak nak marah2...lagipun dah join group 'Mak Tak Marah Anak'.... InsyaAllah will be a better mom

I love Aqeef Danial and Auni Nadra

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20