Skip to main content

BERSENAM UNTUK DAPATKAN KULIT CANTIK

Assalammualaikum

Siapa yang tak suka bersenam? Ataupun nak dapat sebulan sekali bersenam pun payah? Kalau korang macam tu, tengok pulak kulit muka korang.

Kusam atau berseri-seri? (Makeup tak kira ye hehehe)

Mesti kusam dan tidak ceria hehehe.

Supplement Penting Begitu juga Bersenam.

Walaupun telan lah macammana banyak supplement untuk kecantikan pun, tapi kalau tak bersenam, susah nak dapatkan result yang diinginkan. Badan pun lemau.

Pengalaman Jiha sendiri, 2 bulan kebelakangan ni kan kerap travel. Penat juga. Rasa muka bagai hilang seri. Sebab penat, Jiha banyak duduk sahaja. Mengadap laptop sahaja. Oh No, sangat tidak sihat. So melihatkan badan yang semakin lemau dan lemak bertambah dengan jayanya. Apa lagi, keluarkan balik kasut senam ku. Kita Pasang ZUMBA lah.

kasut yang sudah berhabuk hehehehe


Nak ke GYM agak sukar sebab ada anak kecil kan. Lagipun kalau ke GYM, Jiha agak boring sikit. Lebih prefer Line Dancing dan Zumba. Lebih fun. Ni Jiha nak share routine Zumba yang best. Kat Youtube korang boleh search Patrick SweatnDance. Routine dia yang lain pun sangat best dan happening.

Ni my favourite

Berpeluh beria hehehe


Hasil Bersenam 2 hari?

Alhamdulillah, hasil bersenam dua hari ni dapatlah turunkan berat badan 1kg, tetapi untuk permulaan ni air je yang hilang. Perlu lebih istiqomah untuk hilangkan lemak.

Tapi yang paling best ialah, badan rasa cergas, muka? Oh berseri-seri. Sendiri suka belek muka pada cermin hahahaha.

Tapi diingatkan ye, bila kita workout begini, kena jaga otot kita. Jadi kena ambil Protein yang kaya dengan Leucine untuk menjaga otot kita supaya bila berat turun dan dah kurus, badan kita tidak jadi lembik. 


Ok kalau nak KULIT CANTIK, BERSENAM juga ye....



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20