EKSIDEN KECIL.........

November 11, 2014

Assalammualaikum...

Hari ni terkejut sikit, ada eksiden kecil. Tapi impak nye besar. Istigfar.

Pagi tadi nak ke Shaklee, berdua je bersama Auni Nadra. Tak sampai 5 minit dari rumah. Belok ke kiri nak masuk simpang, agak ter 'kona baring' di situ.

Sekali tu bunyi gedegang....terkejut nya, takda langgar apa2 pun. Sekali toleh belakang, carseat dah takda belakang seat co-driver. Dah terlangkup kat belah belakang seat driver. Terjerit ibu. Auni Nadra sampai tak keluar suara nak menangis. Huhuhuhu

Ya Allah...macam mana boleh jadi macam tu. Biasanya memang lock seatbelt tu pada car seat. Silap Jiha sebab tak cek seat belt.

Bergegas berhenti tepi jalan (dah la kereta banyak). Keluar kan Auni Nadra dari car seat. Kesian dia tersepit sikit. Dukung dia masuk pintu depan. Drive sikit ke simpang depan untuk keluar dari jalan besar. 

Cek kalau-kalau ada luka ke apa. Tapi dia feeling pulak dapat duduk kat seat co-driver. Dah tak nangis dah. Ada 15minit juga berhenti kat situ. Nak menenangkan perasaan sendiri. Tengok Auni tersepit antara kerusi dan carseat adalah mengerikan. Syukur takda apa-apa kecederaan. 

Dah nak pukul 11am. Nak tak nak kena gerak jugak sebab dah janji dengan ex-collegue nak makan di Zoomic pukul 12pm. 

Sudah,....Auni Nadra taknak duduk dalam car seat. Cuak agaknya. Dah la sorang-sorang kat belakang. Jadi terpaksa la Jiha angkat carseat tu bubuh depan. Kat seat Co-Driver. (Tak sesuai sebenarnya especially untuk kereta yang ada air bag), tapi tawakal aje lah. Kali ini aje.

Tidur lepas balik dari Shaklee

Perjalanan pergi balik ke Shaklee sangat lancar. Dan sampai di Zoomic pun seperti yang dirancang. Kat Zoomic pun Auni Nadra sangat behave. Alhamdulillah.

Nak monitor dia sampai malam ni macam mana. Sebab terhantuk kepala sikit kan. Nasib baik terhantuk kat kerusi sofa tu. 

:(

LAGI ARTIKEL MENARIK

6 comments

  1. ya Allah.... Alhamdulillah auni ok... ni la yang abi sobirin risau risau kali lin drive b2 je ngn dia. sobirin jenis pndai bukak seat belt sendiri. x tahu cane dia buat... tau2 tepuk tngan je tnda berjaya lepaskan diri. masa kecik2 dulu dia penah telangkup ngn bby carrier sbb da bijak n kuat sngt menendang. dia tendang tempat sndar co driver tegoleh kepala dulu jatuh... masyaalllah sek bek xde pape. sejak tu. kami tukar car seat n abi dia da x bg drive b2 dgn dia kecuali tuk g school je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. carseat kami ok..kuat grip nye, Aqeef pun tak boleh bukak....ni seatbelt kerusi tu yang tak pasang pada carseat....tu la lain kali kena double check

      Delete
  2. Replies
    1. tu la...lepas ni kene double triple check

      Delete
  3. Alhamdullilah ringan sahaja.. alhamdullilah Puan Jiha tidak apa apa..

    ReplyDelete

Thanks Lovelies