Assalammualaikum...
Last week Yus ajak tengok movie. Macam dah lama sangat tak tengok movie. Masa anak sorang dulu selalu la tengok movie sebab Aqeef Danial senang sikit. Kalau dia nanges, sumbat nenen, terus diam. Dengan Auni Nadra agak mencabar la, kalau nak tengok kena cerita kartun ke la.
Tapi kali ni Yus ajak tengok Interstellar. Jiha memang dah lama tak mengikuti movie apa yang latest ke apa. So terus kata ok je la. Lagipun Matthew McConaughey yang berlakon. Suka dia berlakon. Apa watak pun mesti jadi.
Ok so jom review movie Interstellar ni
Cerita ni pasal bumi yang semakin rosak, kekurangan sumber makanan. Ini kesan akibat sebelum ni dunia terlalu mengejar teknologi. Dengan ribut pasir dan asap nya, buat bumi makin tak selamat. Udara tak bersih. Ramai yang mati akibat kuman pada paru-paru.
Masa ni orang dah tak mahukan teknologi, nak makanan je.
Tapi dalam diam NASA buat research dan nak cari planet lain untuk dihuni.
Dah la takleh cerita banyak sangat...korang gi la tengok sendiri...
Pada Jiha cerita ni best la, lama juga dalam 2 jam. Best sampai lah di 30 minit terakhir yang scene si Cooper ni termasuk dalam Gargantua (Black hole) ada macam.....'eh macam tak logik aje' hehehehe.
So for this Jiha bagi 3/5 bintang
Hujung minggu ni boleh la korang pergi :)
[Tapi ada juga terlelap, bukan sebab cerita boring, tapi letih sangat kot, fokus dengan bisnes kan...hubby bawak tengok movie untuk relax, tapi I terlelap pulak....relax juga kan hehhe...tapi terlelap ayam je la]
macam best je
ReplyDeleteBest best...sila la pergi tgk
Deletehooo hebat lah,nanti nak cari planet lain buat business
ReplyDelete