Skip to main content

TEKSI PENANG TIDAK ADA METER???

Assalammualaikum,


Kalau di KL, ramai juga orang menggunaakan perkhidmatan teksi kan. Sebab semuanya bermeter. Kira sangat senang kalau takda kereta pun, teksi ada lrt ada, bas lagi lah kan.

Kalau korang datang ke Penang, jangan terkejut pula dengan tambang teksi Penang tau. Jarak yang dekat dalam 10minit boleh cecah RM25 ye. Teksi Penang tidak ada meter. Tak tahu lah kenapa tiada kawalan kat bahagian ni. Pelik pula kan. Yang Jiha tahu, antara alasannya, Penang kecil, kalau pakai meter, berapa sangat dapat. Hmmm alasan yang tidak masuk akal.

Gambar hasil Google

Kerana terpaksa hehehe

Semalam setelah sekian lama tak naik teksi di Penang ni, Jiha naik teksi. Sebab nak pergi ke Health & Wellness Talk mengenai DIABETES di BayView Hotel, Georgetown. 

Yus kebetulan pulak ada Conference Call dari 8-9pm. Talk Diabetes tu start pukul 830 dan habis pukul 10pm. Jadi minta izin kat Yus boleh tak nak naik teksi. Alhamdulillah dia benarkan. Tapi dalam hati ni nervous juga la. Hehehehe dah lama tak naik teksi pulak tu. Malam pulak tu, dengan Auni Nadra je. 

So dari Sungai Ara ke Georgetown, tambang teksi nya ialah RM35. Hehehe. Oh tapi jangan bimbang, masa kita call nak booking teksi tu, dia dah siap-siap bagitahu berapa tambangnya. So kita boleh bersiap sedia lah hehehehe.

Tapi berbaloi dengan ilmu yang dapat malam tadi. Betapa merbahaya nya penyakit DIABETES ni. Terus rasa nak berubah dari segi pemakanan, gaya hidup dan kena konsisten makan vitamin yang bermanfaat untuk mengawal dan mencegah DIABETES.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20