Skip to main content

MENGANDUNG KETIKA ANAK MASIH KECIL??

Assalammualaikum,

Boleh menarik nafas lega hehehe. 'Tidak pregnant' Hehehe
Fuhh kali ni memang agak suspen sebab since bersalin hari tu, period memang datang 2 bulan sekali. Jiha tak bimbang sangat sebab masih full breastfeed kan. Nanti selepas 2 tahun menyusukan Auni Nadra, baru nak start makan GLA Complex untuk betulkan aturan period.

Kemungkinan Pregnant

Kenapa kali ni cuak semacam? Ntah la eh setiap bulan memang ada cuak tapi kali ni lebih cuak. Tapi hari tu dah set dalam minda dah, kalau pregnant pun ok. Rezeki kan.

Tapi Yus kata kesian Auni Nadra kecil lagi kan. Kesian kalau dah mengandung ketika anak masih kecil lagi. Hehehhe belum puas bermanja dengan Little Princess dia lah tu.

Penyusuan Auni Nadra???

Mula-mula kan Jiha macam dah ok je kalau pregnant tapi tiba-tiba teringat yang ada lagi 3 bulan sebelum Auni Nadra genap umur 2 tahun dan itu target Jiha untuk full breastfeed. Mula lah rasa risau semacam, risau kalau tak larat nak menyusukan. Ye memang ada je orang yang pregnant and still continue bf anak dia, tapi Jiha takut tak larat aje. Macam masa Aqeef Danial pun dulu, genap 2 tahun dia baru kami start to conceive kan Auni Nadra. Sebab nak beri 2 tahun fokus pada dia sahaja.

InsyaAllah since belum pregnant, nak juga fokus 2 tahun penyusuan pada Auni Nadra seorang.

Mengandung anak ketiga??

InsyaAllah paling cepat untuk plan ialah April, selepas birthday Auni Nadra. Tapi kalau Allah dah tentukan awal ke lambat ke, ku terima dengan hati terbuka. Seronok sebenarnya mengandung dan melahirkan tu. Sangat rindu moments begitu. 

Doakan ye 

Comments

  1. In sha Allah Jiha boleh handle kalau terpregnant lagi...nani masa pregnantkan Ammar dulu Kasih still bf..tak penat tapi tak cik B sakitla...kena bersabar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…