Assalammualaikum semua,
Ada tak yang mengalami benda ni?
Susu ibu keluar semasa mengandung lagi?
Jiha memang mengalami nya semasa mengandungkan anak pertama lagi tau, boleh baca pengalaman di SINI, masa tu 17 minggu mengandung. Awal kan?
Susu Ibu banyak?
Bila susu keluar semasa mengandung ini, ada kata nanti susu Ibu banyak. Alhamdulillah walau tak melimpah ruah tapi berjaya juga menyusukan Aqeef Danial hingga 2 tahun.
Tetapi, masa tu memang sangat tidak bertenaga, muka pucat lebih-lebih lagi. Dan tadi Jiha ada bagi tahu yang susu tidak melimpah ruah kan. Ye betul, ada fasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jiha hanya mampu supply 2 botol susu je pada Aqeef, ni untuk kegunaan sesi pagi di taska. Jadi apa yang Jiha buat, hasil pumping di ofis sesi pagi pun dapat 2 botol, jadi masa rehat tengahhari, Jiha pergi hantar 2 botol susu tu ke taska untuk kegunaan Aqeef pada sesi petang.
Sungguh sangat meletihkan. Tetapi disebabkan keazaman yang tinggi untuk menyusukan Aqeef Danial sepenuhnya. Ku gagahi juga.
Tak mahu Pisang Berbuah Dua kali...
Untuk anak kedua, Jiha nekad untuk lebih mengamalkan pemakanan sihat agar susu badan banyak dan Jiha sendiri pun bertenaga.
Ok layan video ini dulu ye
Ye, Jiha juga makan Set Menyusu Shaklee. Kebetulan memang dah makan vitamin Shaklee dari mengandung anak kedua ni sebab kena chicken pox tu kan, berpuas hati dengan hasil Set Mengandung, jadi Jiha teruskan dengan Set Pantang dan Set Menyusu.
Alhamdulillah, memang sangat berbeza pengalaman menyusu anak kedua ni. Walaupun sudah menyusukan Auni Nadra, Jiha pam susu masih berjaya dapat 11oz lagi. Dan kini Auni Nadra pun sudah 1 tahun 9 bulan dan Alhamdulillah masih menyusu.
Konsep Penyusuan, Pemakanan Seimbang dan Makanan Tambahan yang berkualiti.
3 benda ni memang Jiha pegang kuat untuk penyusuan anak kedua ni. Kita bukan sekadar menyusu anak, tetapi kita salurkan nutrien yang cukup untuk anak melalui susu ibu.
Jiha memang sarankan anda semua ikhtiar dengan Set Menyusu Shaklee ni. Ramai dah berjaya menjayakan penyusuan susu ibu kan. Ramai yang bertambah baik kesihatan mereka. Alhamdulillah. Fikirkan kepentingan anak dan fikirkan kesihatan ibu yang menyusu
Tetapi jika korang masih mengandung dan berazam untuk menyusukan, Jiha cadangkan ambil Set Mengandung. Persiapkan diri anda seawalnya supaya semasa pantang nanti susu dah ada dan banyak.
atau boleh refer link ini ya --> Cara Nak Hubungi Saya
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies