Skip to main content

Hospital Pantai Penang Banyak Charge Yang Tak Masuk Akal

Assalammualaikum,

Jiha bersiaran dari Hospital Pantai Penang ni. Semalam admitted, bukan Jiha tetapi Auni Nadra kena cirit-birit dah masuk hari ke 3. Tak reda-reda sampai masa dia buang air pagi semalam, ada darah sedikit. Tu yang bergegas ke sini. Hah kembali pada tajuk, Hospital Pantai Penang ni memang banyak charge yang tak masuk akal ke ye?

Single Room tapi..........

Auni Nadra entitle for Single Room, lega lah kan sebab anak-anak ku 'kepohchi' sikit, kalau berkongsi bilik, pening orang katil sebelah dibuatnya. Dan memang perlukan sangat bantuan Yus sebab ini pertama kali Auni Nadra admit hospital jadi ibu kekok. 

Semalam masa lepas dapat GL, baru pihak admission beritahu yang boleh seorang je samada ibu atau ayah yang teman patient. Kalau ada penambahan akan dikena kan caj sebanyak RM50 seorang untuk sehari. Kegilaan apakah ini?? Selalunya kita ambil Single Room ni memang lah nak memudahkan kita supaya boleh angkut anak beranak semua dalam ni. Kalau tak, tak payah la ambil Single Room kan. 

Ni antara respon rakan-rakan bila Jiha tanya kan perihal ni di FB. Semua pelik dan tak pernah lagi dengar kes macam ni.

hospital pantai penang mahal

Dah tentunya lah yang extra charges ni Insurance tak cover sebab dah exceed Room Board Charge. Apa ke pelik nya lahai.

Banyak lagi hidden charges tau..

Teringat masa Jiha kena chicken pox Sept 2012 dulu. 5 hari duduk dalam ward. Nak tahu tak apa lagi dia caj. Bantal dan Selimut yang ditukar setiap hari tu pun dia caj. Padahal tu bukan kira sekali dengan harga bilik ke. Ada kawan kata, sebenarnya kita boleh ambil Selimut tu sebab kita bayar, tapi mana ada diberitahu, jadi mana nak tahu kan.

Semalam kawan Jiha datang hospital sebab nak beli Ostematrix dari Jiha (sempat bisnes di ward heheh), dia pun kata dia pernah kena dulu walaupun dia ambil VIP Room harga RM400++, kalau ada extra orang, akan caj RM50 jugak. Lagi satu dia kata, setiap kali kita tekan button panggil nurse tu, kita akan di caj. Hahahaa kegilaan apakah ini? Nasib baik lah Auni Nadra steady je, so tak ada keperluan pun untuk panggil-panggil nurse. Nurse je yang kejap-kejap datang bertukar-tukar orang tak tahu lah buat apa. Nak caj juga agaknya. 

Hantar 'Feedback' pada mereka

Jadi Jiha perlukan penjelasan so sudah hantar 'feedback' pada mereka. Nak dengar apa penjelasan mereka. Kenapa tak sama seperi Hospital Pantai yang lain, dan yang paling utama, kenapa tidak diberitahu 'upfront', kalau tidak boleh la tukar ke Hospital Gleneagles ke Lam Wah Ee ke. 

Nanti masa discharge nanti, berapa lah extra 'hidden charge' ni agaknya


Agak-agak boleh report pada Tribunal Pengguna tak ni?

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20