Al-Fatihah buat Ibu mertua Habsah Binti Md Yatim.
Macam masih tak percaya tapi ini lah hakikatnya, semua yang ada ni pinjaman Allah S.W.T kepada kita semua.
12hb February 2015
3am.... Yus dan anak2 tidur awal, Yus pulak tak berapa sihat malam tu. Bila Jiha dah siap kerja sikit2, Jiha pun nak masuk tidur tapi tergerak nak tengok phone Yus. Terkejut sebab abang dia whatsapp arwah muntah2 dan kena tahan wad. Perlahan2 kejut Yus bagitahu yang mak masuk hospital dan ajak Yus balik.
Kami agak blurr juga sebab pagi2 kan...packing baju pun blurr...Allahu, pukul 5am baru bertolak dari Penang.
Pukul 12pm sampai di Kulai, pagi tu mak di bawa ke Hospital Johor untuk CT Scan. Tapi masa kiterang sampai Kulai tu, mak dah dibawa balik ke Hospital Kulai. Masa ni nampak mak ceria lagi, boleh bergurau dengan anak2 cuma makan masih tak lalu, tapi dia makan juga.
Petang tu masa waktu melawat, nampak mak macam letih sangat dan dah kena pakai oksigen support. Huuuu.
Sebak tengok mak macam tu, dan sebak melihat abah dan anak2 nya semua dalam kesedihan. Dan tentu sekali Yus, setiap malam menangis, risaukan mak.
2 minggu berulang-alik ke hospital untuk melawat mak ( I have to cut short, sebab nak menulis ni pun rasa sebak)
25hb February 2015
Semasa bersiap pagi tu nak melawat mak di Hospital Johor (masa ni dah pindah ke Johor sebab kat Kulai takde ubat yang sesuai), dalam bilik air, tiba2 terdengar suara kakak ipar menangis. Aduhai, dah tak keruan sangat dah.. cepat2 siapkan mandi, keluar bilik air lihat kakak ipar, abah dan yus menangis, Yus cuba nak tenangkan abah, dia peluk erat abah. Allahu, ibu yang tercinta dah kembali ke Rahmatullah. Allah lebih sayangkan arwah.
Hari yang sama juga selepas asar, arwah telah selamat dikebumikan.
Huhu sebak... kami masih dalam kesedihan, Yus pun katanya tak boleh nak fokus sangat kerja, lagi2 bila rakan kerja bertanya2 pasal arwah. Sedih sangat dia.
Semoga ibu mertua dirahmati Allah S.W.T
[Rasa belum cukup berbakti lagi pada mak... lepas tu teringat pula angan2 dengan Yus nak ada rumah landed dengan bilik yang selesa di bawah untuk keselesaan mak abah, mama abah bila datang ke rumah kami Huhuhu ;( ]
Al-Fatihah buat arwah mak Habsah Binti Md Yatim |
:( |
takziah jiha & yus. Alfatihah untuk arwah
ReplyDeletealfatihah..
ReplyDeletetakziah akak dan family
Salam takziah...
ReplyDeleteSaya datang ziarah, baca entry dan follow...
Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)
Thanks Maria
Delete