Nak wean off Auni Nadra

March 25, 2015

Ya Ampun

Memang memerlukan kesabaran sungguh la

Semalam botol Mimijumi dah sampai since sebelum ni dia reject botol Mam kan

Cubaan dengan air kosong ok, pandai je dia nyonyot puting Mimijumi tu. So Jiha try la masukkan EBM pula. Sungguh-sungguh dia taknak. 1oz je pun. Ada dekat 1 jam nak habiskan, tu pun banyak yang tirih ke pipi aje tau.

Dia memang tak suka betul susu dalam bottle ke atau cawan. Huhuhu macam mana la. Selalu budak reject bottle kan. Ni Auni Nadra reject susu dalam botol. Pelik betul anak dara ni tau.

Hari kedua pun tidak berjaya.

Ibu dah tak larat nak bagi direct sebab Auni ni kuat sangat mengempeng. Boleh kata minima 1 jam la ngempeng sekali milk session. Ada masa sepanjang malam ngempeng. Bila tarik je dia mengamuk macam kena dera.

Ada tak mommies yang mengalami masalah macam ni. Apa mommies buat ye?

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies