Skip to main content

6 Tips Elak Perut Kembung Semasa Hamil

Assalammualaikum,

Entri sebelum ni baru Jiha share yang takde la muntah sangat kan. Tapi perut kembung semasa hamil ni memang boleh jadi punca kerap muntah la. Mungkin sebab angin penuh dalam perut, jadi bila makan, angin tu macam menolak balik. Allahu. Sehari sekurang-kurangnya sekali mesti muntah, hidung pun semakin sensitif. Bau apa yang kuat sikit, terus pening dan muntah. Patut lah orang kata mengandung di umur 30an ni 'cabaran' dia lebih sikit hehehe. Alhamdulillah

perut kembung semasa hamil

Ini lah salah satu pengalaman indah semasa mengandung kan hehehe. Tapi ada cara nak kurangkan perut kembung ni rupanya tau. Takkan la nak biarkan sentiasa perut kembung je kan. Mesti tak selesa, kerja harian pun boleh tertangguh. 

Ni Jiha ada baca beberapa tips untuk elak perut kembung ni...Jom amalkan mommies
  1. Minum air kosong secukupnya - Ianya membantu mengelak masalah sembelit yang juga boleh mengakibatkan kembung perut.
  2. Fiber dalam makanan - Ambil sayuran berdaun hijau, bijirin, pasta dan buah tetapi jangan berlebihan pula sebab ianya boleh menyebabkan angin banyak lagi dalam badan kita.
  3. Makan dalam kuantiti yang kecil - Kuantiti kecil tetapi kerap bagi memastikan nutrisi cukup untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
  4. Makan dengan perlahan, minum dari cawan- Makan dengan laju dan minum dari botol atau menggunakan straw akan menyebabkan anda menyedut lebih angin ke dalam perut.
  5. Relaks - Supaya tiada sebarang stress berlaku. Bila stress angin dalam badan turut meningkat. Tenangkan diri, bernafas dengan baik.
  6. Kurangkan makan kekacang - Antara makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan ye kekacang ni, antara sumber makanan lain seperti kubis, bawang, makanan bergoreng dan makanan manis.
Lagi satu yang Jiha jumpa, senaman untuk kurangkan angin dalam perut. Petang ni wajib cuba.

kembung perut semasa mengandung
Tapi semasa hamil ni, jangan force sangat pula pada position ni ok.


Harapnya dengan tips di atas, kita sama-sama dapat mengurangkan rasa kembung perut ni kan. Tak selesa kan. Sebagai tambahan, Jiha ambil juga Peppermint Ginger Plus. First time nak makan ni, selama ni suggest kat customer dan Alhamdulillah memang membantu mengurangkan 'morning sickness' mereka. Sedap bau dia. Macam gula peppermint tu. Sedap. Lagi satu kalau dulu loya je nak cari asam, tapi alahai bukan nya bagus sangat kan makan asam selalu sangat, so solution Jiha ialah hisap Chewable Vita C. Rasa masam manis die memang sangat melegakan masa loya ni.

Enjoy Pregnancy Mommies 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20