Skip to main content

Rahsia Utama Nak Putus Susu / Weaning Off Anak

Assalammualaikum,

Hah lagi topik wean off Auni Nadra hehehehe. Sebelum ni kisah perjalanan penyusuan, la ni kisah nak wean off dia pulak ye hehehehe.

Alhamdulillah memang berjaya lah. Walaupun sebelum ni taktik asam jawa tu tak berjaya, tapi kali ini berjaya. Nak tahu apa RAHSIA nya?

'Ibu yang kena cekal dan kena sampai hati'

Ye, ni sebenarnya yang paling penting. Memang bukan mudah kan, dah menyusukan selama dua tahun 24jam sehari, tiba-tiba nak hentikan rutin istimewa ni. Ibu yang kena hati cekal dan buat-buat kuat je walau anak merayu-rayu.

Ada masa hampir-hampir nak kalah juga lah, tapi memikirkan nanti nak mula balik wean off, oh sangat sengsara. Kiranya ni genap 2 minggu lah Auni dah tak susu badan. 

Bila disua, dia dah taknak minum. Tetapi tidur malam masih nak bawah ketiak ibu, mungkin nak kan bau susu tu kot kan.

cerai susu badan
After 2 weeks, dia dah takmo betul dah isap susu ibu

Ibu Risau anak tak cukup calcium??

Ye sangat risau, macam entri Jiha sebelum ni, Auni taknak susu kan, puas lah beli botol mimijumi lah, semua takmo. Dalam cawan pun minum sangat sikit. Bila berlarutan seminggu lebih macam tu, ibu mana lah yang tak risau kan. Anak takde sumber kalsium. Dari makanan seperti brokoli, fig boleh la bagi tapi banyak mana sangat pun dia boleh makan kan. Still ibu kena usahakan untuk bagi susu juga. Susu putih dia memang anti betul. Jadi nak bagi dia minum Mealshake pun agak payah.

Berat hati nak bagi minum susu coklat, tapi tapi terpaksa huhuhu. Semalam Yus pun belikan lah Sustagen Coklat tu. Jadi bancuh lah 4 oz. Die macam pelik nak minum tu, terkial-kial tapi habis lah juga 3oz. Sebelum tidur kene kerahan tenaga suruh gosok gigi dulu hehehe.

Pagi tadi bangun, habis minum 4oz. Tak sure berapa sukatan yang patut bagi sebab kalau die menyusu sebelum ni, jenis minum sikit-sikit tapi kerap. Kemudian pukul 11am tadi, bancuhkan lagi susu 4oz. Kali ini laju, lepas habis tu, siap mintak lagi, jadi ibu bancuh lagi 4oz. Habis 3oz. Banyak juga ye dia minum.

Heheh lepas ni kena bancuh 7oz la nampaknya sekali minum. Oh tapi nanti lepas ni nak kurangkan sikit kuantiti susu dan nak bancuh kan dengan sedikit Mealshake. Mesti dia suka sebab ada rasa vanilla sekali. Kalau Aqeef memang suka sangat la Mealshake ni. Hehehe.

Hopefully dah membesar sikit nanti, dia nak minum susu putih. Hehehe abang dulu minum je apa yang ibu bagi. Ni Auni Nadra ni, agak memilih sikit hehehe. Anak anak.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20