Skip to main content

Mabuk Hamil Sampai Tak Boleh Nak Masak

Assalammualaikum,

Mabuk hamil sampai tak boleh nak masak? Hah Jiha lah tu. Huhuhuhu. Dulu tak perasan sangat sebab masa mengandung anak pertama, duduk dengan parents dan rumah sewa dengan geng bujang (dulu long distance relationship dengan Yus), so memang balik keja je beli je kat kedai depan hehehe.

Masa mengandung anak kedua pun, masak sangat lah jarangnya, makan kat kafe je. Masa tu masih kerja lagi kan, balik pun selalu lambat, singgah makan malam kat luar dulu sebelum balik rumah. Senang cerita, dulu memang tak boleh nak detect mabuk yang tak boleh nak masak ni.

gambar sekadar hiasan....saya suka makan ikan, siang dan masak ikan yang tak tahan

Kali ini, memang tak boleh betul la bau masakan, nak makan pun tengok certain makanan, bau pelik je tak lalu nak telan. Ayayai. Tapi tak masak anak tak makan pulak kan. Anak-anak ku ni dah la kuat makan nya lahai. Dah lunch, nanti pukul 3pm mintak makan lagi hehehehe, Alhamdulillah.

Syukur sangat sebab Yus memang take over dapur habis-habisan. Terharu huhhuhu. Pagi lepas Subuh tu dia terus masuk dapur, sediakan breakfast dan lauk-lauk untuk makan tengahari hingga ke malam. Jiha tinggal masak nasi je dan goreng ayam ke. Ayam pun buh dalam actifry je so bau nya tu tak la semerbak masa goreng huhuhu.

Menu nya ulang-ulang aje la hehehe. Asam Pedas, Sambal, Masak Kicap. Hah memang ini je la menu yang suami ku masakkan hehhe. Power kan boleh masak asam pedas? Hehehehe. 

Kerja rumah lain masih Jiha lah yang buat, anak-anak pun Jiha uruskan, dapur je jadi kawasan suami hehehehe. Harapnye lepas habis 1st trimester ni hilanglah mabuk mabuk ku ni. (Tapi syok juga ye suami masakkan makanan heheheh). Alahai camne la bulan puasa nanti, kena tolong-tolong juga dia ni, balut muka macam ninja la nampaknya aku nak masuk dapur nanti hahahahaha.

Alhamdulillah syukur dapat suami yang banyak membantu macam ni, terharu rasanya. InsyaAllah masa berpantang nanti pun dia boleh jaga mak tang nanti. Kali ni pantang sendiri je di Penang kot kan sebab Aqeef dah sekolah. Kesian pulak dia kan kalau ibu dan adik-adik pantang kat kampung.

Oh tolong lah, siapa orang Penang, tahu tak tukang urut bersalin ye? Sampai la Jiha tak de contact langsung tukang urut. Urut kat spa tak best, ada sekali tu pernah la urut kat spa, dia kata boleh urut orang bersalin, tapi tak suka cara urut dia, sakit sangat dan badan tak lega.

Kalau ada mommies yang tahu mana2 tukang urut kat Penang ni, please let me know ye. 

Ok lah nak telan Peppermint ni..loya betul lah

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20