Skip to main content

Weaning Off Auni Nadra!!!

Assalammualaikum,

Alhamdulillah hari ketiga dah ni tak menyusukan Auni Nadra. Ibu buat-buat tough je. Kadang-kadang rasa tak sampai hati, kadang-kadang terlupa bila dia mintak tu, tapi bila fikir tahap ngempeng dia tu, terus gagahkan hati juga la.

Auni Nadra masih taknak minum susu dalam botol sangat. The most yang dia minum pun ialah 0.5oz. Semalam ayah nye pancing la, beli botol susu baru ada gambar Minnie Mouse dengan harapan dia mau minum. Tapi tak juga habis minum. Suruh kita bancuh susu adalah, tapi minum nya sesedut dua hehehe.

Oh ya, tapi kalau bagi fresh milk bagi minum dalam cawan, banyak sikit la dia minum tapi masih juga tak habis setengah gelas pun.

Sebenarnya takde masalah kalau nak teruskan breastfeeding walaupun dah mengandung ni. Yang tak laratnya ialah bila dia ngempeng tu. Berjam-jam lamanya especially di waktu malam. Sakitnya pinggang ni Allah je yang tahu. Jadi bila pregnant ni, nak la dapat tidur yang selesa kan.

Tapi alahai, sayu hati ibu bila bangun malam dia nanges nak susu, ibu tak kasi. Bila ibu kata ibu buat susu dalam botol je, dia kata ' Taknakkkkk....nak air ibu'. Lepas tu berteguk-teguk dia minum air.

Camne wean off?
Asam jawa...hari tu buat tak berjaya tapi kali ni Alhamdulillah berjaya. Rasanya faktor ibu lebih bertahan kali ini. 

Sejak dah tak susu badan ni, dia makan pun lebih banyak, minum air kosong pun lebih banyak. Selain susu, boleh juga beri sumber lain untuk kalsium dia macam sayur brokoli ke kan, cheese pun dia suka juga.

Fresh Milk dalam cawan Helo Kitty baru la minum banyak sikit hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20