Assalammualaikum,
Saya berhenti kerja untuk menjadi suri rumah. Doakan saya untuk genggam Income 6 angka walaupun dengan menjadi suri rumah. Saya seorang suri rumah yang menjalankan bisnes hanya dari rumah dengan menjaga 2 orang anak di depan mata. Panggilan yang famous nya ialah Work At Home Mom (WAHM)
Engineer kepada Suri Rumah
Kenapa saya sanggup tinggalkan kerjaya sebagai seorang Engineer yang sudah cecah 5 tahun pengalaman dan menjadi suri rumah? Demi anak saya dan demi perjuangan saya untuk penyusuan susu ibu. Semasa saya berkira-kira untuk berhenti, saya mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 2 tahun lebih dan sedang mengandung anak kedua.
Bekerja di kilang dan dengan desakan kerja, ada hari-hari yang anak saya langsung tidak tatap wajah saya. Hantar seawal pagi ke taska dia masih tidur, ambil dari taska pula tengah malam dan dia sudah tidur. Tinggal dia seorang sahaja di taska. Anak-anak lain semuanya sudah pulang ke pangkuan ibu bapa masing-masing.
Dan melihatkan jadual kerja yang ketat, saya tidak nampak masanya untuk saya pam susu selepas bersalin anak kedua nanti. Dengan meeting yang tak tentu masa, bagaimana untuk saya pam 3 jam sekali bagi menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak kedua nanti. Saya rasa tidak adil sebab abangnya dulu lengkap menyusu susu ibu selama 2 tahun, kenapa adik tidak dapat yang sama.
Jadi tindakan berhenti kerja adalah tindakan yang sangat tepat sekali. Alhamdulillah rezeki anak kedua saya terus naik pangkat Supervisor selepas pantang dan sehingga ke pangkat Senior Coordinator dalam masa kurang setahun. Alhamdulillah.
Sekarang misi saya adalah untuk beri keselesaan dan masa depan yang cerah untuk anak-anak saya. InsyaAllah.
Anak-anak lah BIG WHY saya untuk berjaya dengan cemerlang di dalam bisnes Shaklee ini.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies