Assalammualaikum,
Saya ingin kongsikan beberapa punca anak malas membaca. Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil peduli tentang perkara ini. Anak adalah pencorak masa hadapan, anak adalah amanah kita, jadi kita perlu bimbing mereka sebaiknya.
Punca-Punca Anak Malas Membaca
1. Ibu bapa kurang memberi tumpuan terhadap aktiviti anak. Belikan sahaja buku tetapi tiada sesi membaca buku bersama-sama anak.
2. Memberi masa yang lama untuk 'gadget' kepada anak. Sekiranya yang dimuat turun di Ipad atau gadget ialah e-book yang sesuai untuk anak, educational app masih ok. Tetapi kalau lebih kepada game, ini adalah punca anak malas membaca.
3. Ibu Bapa sendiri malas membaca. Kita adalah idola anak kita. Tunjukkan contoh yang baik
4. Buku yang tidak sesuai dengan umur. Buku yang menarik bersesuaian dengan umur anak kita antara faktor penting menarik minat anak membaca.
Good Luck Ibu Bapa
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies