Assalammualaikum,
Saya nak kongsikan Tips Supaya Anak Mendengar Kata. Alhamdulillah ini dari pengalaman sendiri, apa yang saya pantau perubahan sikap anak saya. Kalau sebelum ni, dia agak 'rebel' @ memberontak, tapi kini Alhamdulillah, sudah banyak mendengar kata.
Tips Anak Mendengar Kata Ibu Bapa
1. Bacaan Al-Quran. Ibu atau bapa apabila mengaji Al-Quran, mengaji lah di hadapan anak walaupun dia sedang tidur. Hati anak akan lembut dan mudah untuk mendengar kata kita.
2. Senyum dengan anak selalu. Ia menyalurkan aura positif dan anak akan berasa gembira dan menghargai kasih sayang dari kita.
3. Group Hugs. Pastikan ada sesi group hugs dengan anak-anak, ibu dan ayah. Hubungan akan lebih akrab dan anak akan senang untuk mendengar kat kita. Group hug ni special tau, sekarang anak-anak pula yang 'request' untuk group hug sambil sebut 'Aqeef sayang ibu'
Alhamdulillah ini lah sedikit tips yang saya dapat kongsikan. Ternyata berkesan untuk keluarga kecil saya. Semoga kita dapat mendidik anak kita dengan baik kerana mereka adalah amanah Allah yang tinggi nilainya kepada kita.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies